Semakan Penyata Pencen ATM 2021 Secara Online

Semakan Penyata Pencen ATM.

Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini boleh membuat semakan penyata pencen anda secara online melalui sistem JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran)

Sistem ini dilaksanakan bagi menggantikan sistem lama penyata pencen ATM dan menjadi lebih efektif apabila ianya memudahkan urusan pesara untuk semak penyata pencen mereka pada bila-bila masa sahaja.

Anda inginkan maklumat yang lebih lanjut?

Teruskan bersama artikel Thesumber hari ini Semakan Penyata Pencen ATM 2021 Secara Online sebagai panduan mudah buat pesara yang memerlukan rujukan untuk membuat semakan.

Jom teruskan bersama kami.

Apa Itu Sistem JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran)?

Sistem JHEV ditubuhkan bagi membantu para pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM.

Antara fungsi JHEV ini ditubuhkan adalah seperti berikut:

Menggubal dasar bagi melindungi kepentingan di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM
  1. Merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV
  2. Memantau pelaksanaan kursus/latihan , Pra Latihan Peralihan, Latihan Peralihan dan Pasca Peralihan yang dikendalikan oleh PERHEBAT.
  3. Membantu Veteran ATM mendapatkan pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta.
  4. Membantu mendapatkan peluang pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta.
  5. Membantu mendapatkan peluang dan kemudahan dalam bidang keusahawanan serta menyelaras khidmat bantuan dari jabatan dan Agensi Kerajaan berkaitan.
  6. Mengurus dan memantau faedah-faedah persaraan dan tuntutan bayaran balik perubatan Veteran ATM.
BACA JUGA :  Kemaskini Nombor Telefon BSN Di Cawangan BSN 2021

DEFINISI VETERAN ATM

Untuk makluman anda, definisi ‘Veteran ATM’ dikupas satu persatu seperti berikut:

“Veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang:

  1. Angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia;
  2. Angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
  3. Force 136;
  4. Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan
  5. Sarawak Rangers

Semakan Penyata Pencen ATM 2021 Secara Online

Pesara tentera ingin membuat semakan penyata di JHEV perlu mendaftar akaun sebagai pengguna baharu terlebih dahulu.

CARA DAFTAR DI SISTEM JHEV

Langkah-langkah pendaftaran adalah seperti berikut:

  • Pengguna perlu melayari laman web berikut: PORTAL RASMI PENDAFTARAN SISTEM JHEV
  • Klik pada ‘Pendaftaran’ untuk pengguna baharu yang ingin mendaftar akaun di JHEV.
  • Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap dan betul, klik ‘Hantar’
  • Selepas itu, klik pada ‘OK’ dan sekiranya pendaftaran anda telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi.
  • Simpan kata laluan yang tertera bagi memudahkan untuk anda login ke dalam sistem. Kemudian, klik ‘Kembali’

CARA DAPATKAN PENYATA PENCEN ATM ONLINE

Selesai mendaftar, anda boleh dapatkan penyata pencen anda dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:

  • Pengguna perlu layari: SISTEM PENYATA PENCEN VETERAN ATM
  • Isikan nombor tentera dan kata laluan yang didaftarkan tadi dan anda akan dibawa ke halaman utama.
  • Pilih menu ‘Semakan Penyata’ kemudian pilih ‘Tahun Penyata’ yang ingin disemak.
  • Masukkan kod pengesahan kemudian klik ‘Cetak Penyata Pencen’
  • Akan dipaparkan dengan penyata pencen yang diminta.

JADUAL BAYARAN PENCEN ATM 2021

Semakan Penyata Pencen ATM 2021 Secara Online

Maklumat Lanjut Semakan Penyata Pencen ATM

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi saluran berikut:

  • Hantarkan pertanyaan anda melalui emel ke alamat emel berikut: penyatajhevatm@mod.gov.my
BACA JUGA :  Tarikh Bayaran BPN 2.0 Pada 26 Oktober 2020 & Semakan Status

Semoga perkongsian artikel kami hari ini memudahkan urusan pesara-pesara ATM yang ingin membuat semakan penyata pencen mereka secara online.

Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih.