Tarikh Bayaran BPN 2.0 26 Oktober 2020 & Semakan Status

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Pada 26 Oktober 2020 & Semakan Status

Tarikh Bayaran BPN 2.0

Anda sudah selesai membuat permohonan baru? Bila agaknya tarikh bayaran BPN 2.0 ini? Bagaimana caranya untuk anda membuat semakan status permohonan?

Artikel kami hari ini Tarikh Bayaran BPN 2.0 Pada 26 Oktober 2020 & Semakan Status merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan buat rujukan.

Teruskan membaca artikel kami.

TERKINI!

Tarikh Bayaran BPN 2.0

TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0

Untuk makluman anda: bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua fasa ansuran seperti berikut:

Fasa 1: Pembayaran dijangka akan dilakukan pada penghujung bulan iaitu 26 OKTOBER 2020

Fasa 2: Pembayaran seterusnya dijangka akan dilakukan pada bulan Januari 2020

BPN 2.0: BANTUAN RM1000 (B40) & RM500 (BUJANG B40)

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  • Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
  • Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
  • Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
  • Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

Tarikh Bayaran BPN 2.0

Kaedah pembayaran seperti BPN sebelum ini iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan.

Sekiranya anda tiada akaun bank atau bank tidak aktif (gagal kredit) anda boleh terus membuat tuntutan tunai dimana-mana cawangan BSN yang berhampiran.

Dan bagi penerima kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021.

Tuntutan tunai ini hanya boleh dibuat setelah nombor siri wujud pada paparan semakan BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/

Read Also :  Housing Loan Interest Rate

SEMAKAN STATUS

Semakan status permohonan baru anda boleh dibuat di laman web rasmi BPN bermula 15 Oktober 2020.

Untuk membuat semakan anda perlu log masuk ke sistem tersebut.

Sekiranya terlupa kata laluan, perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan.

Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Soalan Lazim BPN 2.0

Apa itu BPN 2.0?

BPN baru ini merupakan bantuan tambahan untuk B40 dan M40 termasuk bujang.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua ansurans iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bagaimana untuk semak status kelulusan BPN?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober nanti.

Bolehkah saya memohon rayuan semula sekiranya layak?

Rayuan / proses permohonan baru akan dibuka 15 Oktober kepada semua yang layak.

Saya merupakan pasangan yang layak dan telah bercerai, bagaimana?

Anda boleh membuat permohonan baru pada tarikh yang telah dinyatakan.

Kesimpulan Tarikh Bayaran BPN 2.0

Semoga artikel ini sedikit sebanyak mampu memberikan informasi yang anda perlukan berkenaan dengan BPN 2.0 ini. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH

This would provide a clearer perspective on the nexus one’s offerings and its standing in the mobile market.  연차 수당은 근로자가 연차 휴가를 사용하지 않은 경우, 회사가 지급하는 수당입니다.