Apakah Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) ?
Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) adalah yang sebelum ini dinamakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun 2023. Perkara ini telah di umumkan oleh Perdana Menteri Ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim pada 20 Disember 2022 (Selasa) dalam sidang Dewan Rakyat. Bantuan peringkat Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion. Menurutnya lagi , setiap isi rumah akan menerima RM300 dan manakala untuk kategori bujang adalah RM100. Pemberian awal ini adalah bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat pada waktu ini.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa untuk sesi persekolah yang akan di buka nanti.

JUMLAH BAYARAN Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) FASA 1
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :
- Berkeluarga : RM300
- Bujang : RM100
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.#Parlimen #DewanRakyat pic.twitter.com/yw6VSOmZ0m
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 20, 2022
Namun, difahamkan bantuan tunai ini diteruskan daripada Kerajaan terdahulu dan mungkin akan di tambah baik lagi, di mana berkemungkinan ianya tidak jauh berbeza dengan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 / 2023 yang telah dibentangkan dalam Bajet 2023 sebelum ini.
JUMLAH BAYARAN BKM 2023
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan.
- RM2,500 : Lebih 5 Anak
- RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
- RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
- Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
- RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
- Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
- Tambahan RM500
PERMOHONAN DAN KEMASKINI
Seperti kebiasaannya, permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan pada awal tahun hadapan.
Buat masa ini tiada pautan rasmi lagi diberikan bagi untuk melakukan permohonan baru dan kemaskini secara atas talian.