Permohonan Mykid, Dokumen & Semakan Status

Permohonan Mykid, Dokumen & Semakan Status

Permohonan Mykid, Dokumen & Semakan Status

apakah MyKid ? dan Cara Mohon Mykid

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad tetapi ia tidak mempunyai gambar dan cap jari. “My” membawa maksud “Malaysia” manakala “Kid” pula adalah singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan sebagai Mykad nanti untuk semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat nanti.

Ibu bapa harus mendaftar kelahiran anak mereka dalam tempoh 60 hari. Kemudian perlu memohon Mykid ke Jabatan Pendaftaran Negara. Penggunaan Mykid adalah lebih mudah berbanding sijil kelahiran kerana Mykid lebih mudah dibawa dan dilengkapi dengan teknologi keselamatan bagi mengelakkan penyalahgunaan. Terdapat 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam Mykid cip iaitu :

  • Maklumat pendidikan
  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan

Bagaimana Pula dengan Kelebihan MyKid?

  • Dapat Mmngurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta.
  • dapat memudahkan urusan dengan jabatan atau agensi seperti hospital atau klinik untuk tujuan pemeriksaan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
  • Bersaiz kecil dan mudah dibawa.
  • Mempunyai ciri keselamatan bagi membantu dari disalahgunakan.
  • Bentuk cantik dan menarik.
  • Mudah dikemaskini kerana menggunakan teknologi yang cip dimane dapat di baca pada kad/cip tersebut.
BACA JUGA :  Borang Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) RM500 2021 Online

 

Permohonan MyKID  DI KAUNTER JPN

  •  Ibu atau bapa perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan untuk membuat permohonan
  •  Sijil Kelahiran Malaysia atau Borang W (asal)
  •  Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
  •  Salinan asal Sijil Nikah dan Sijil Lahir

Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi, Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut :

permohonan mykid
permohonan mykid

Permohonan mykid MyKID secara Atas Talian (Online)

Permohonan MyKid secara atas talian boleh menerusi laman portal rasmi JPN sendiri. anda boleh daftar pengguna baru disini. Kemudian ibu/bapa dikehendaki mengisi maklumat seperti berikut bagi mendaftar akaun di portal JPN.

  • Nombor Mykad (ibu/bapa)
  • Nama Penuh seperti di dalam mykad
  • No Telefon untuk di hubungi
  • Alamat Emel

Selanjutnya, anda boleh log in melalui pautan yang dihantar ke emel bagi meneruskan pendaftaran Mykid ini.

 

 

Ibu bapa juga boleh membuat semakan permohonan MyKID secara atas talian di pautan ini menggunakan maklumat yang di perlukan berikut :

  • Masukkan No Mykid anda di ruangan yang disediakan.
  • Isikan CAPTCHA dan tekan butang SEMAK
  • Status permohonan akan dipaparkan
  • sekiranya telah sedia diambil, ibu bapa boleh mengambil di cawangan telah di pilih sewaktu pendaftaran di buat pada awal permohonan.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan di Portal Jabatan Pendaftaran Negara berikut: https://www.jpn.gov.my/my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro

Selamat maju jaya kami ucapkan.

permohonan mykid, permohonan mykid 2022, permohonan mykid online, borang permohonan mykid

BACA JUGA :  Cara Login ePengambilan PDRM 2021 Jawatan Kosong PDRM