Permohonan Bantuan Perniagaan DanaNITA.
Bantuan Perniagaan DanaNITA MARA 2021 adalah salah satu daripada inisiatif MARA untuk membantu memperkasakan usahawan wanita dari segi pembiayaan untuk modal pusingan dan juga pembelian mesin dan peralatan perniagaan mereka.
Seramai 100 usahawan wanita telah menikmati manfaat bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM3 juta.
Anda inginkan maklumat lanjut?
Thesumber bersama artikel Permohonan Bantuan Perniagaan DanaNITA MARA 2021 Online kami sediakan khas buat golongan usahawan wanita yang bekerja keras untuk membangunkan perniagaan mereka.
Semua informasi berkenaan syarat permohonan, cara permohonan dan banyak lagi kami sediakan disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Permohonan Bantuan Perniagaan DanaNITA MARA 2021 Online
Dua tujuan utama pelaksanaan DanaNITA MARA ini adalah seperti berikut:
- Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah
- Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan
Menerusi bantuan usahawan wanita ini, pemohon yang layak akan menerima pembiayaan perniagaan maksimum sehingga RM50,000.
TEMPOH PEMBIAYAAN DAN KADAR KEUNTUNGAN
- Tempoh pembiayaan bagi skim DanaNITA ini adalah daripada 1 hingga 10 tahun atau 12 hingga 120 bulan
- Manakala kadar keuntungan yang ditetapkan menerusi skim ini pula adalah sebanyak 4%.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut adalah semakan syarat permohonan bantuan perniagaan DanaNITA MARA:
- Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia dan Bumiputera.
- Pemohon berumur antara 18 hingga 60 tahun.
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
- Pemohon berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
- Pemohon mempunyai Daftar Perniagaan yang sah dengan SSM.
- Nama pemohon bebas dari senarai hitam MARA.
- Pemohon mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online).
- Pemohon mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Pemohon menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh 6 bulan terkini.
- Perniagaan pemohon adalah perniagaan yang patuh Syariah.
JAMINAN/CAGARAN PEMBIAYAAN DANANITA MARA
Usahawan wanita yang ingin memohon bantuan ini perlu mempunyai cagaran seperti berikut:
- Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
- Cagaran:Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau Gabungan kedua-duanya sekali; atau
- Simpanan Tetap:Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN PERNIAGAAN DANANITA MARA
Usahawan wanita yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
LANGKAH 1: PENDAFTARAN PENGGUNA BAHARU
- Pemohon perlu layari laman web rasmi: PORTAL MARA: MyUSAHAWAN
- Pengguna baharu perlu mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada ‘Daftar pengguna baharu’
- Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan dengan lengkap dan betul kemudian klik ‘Daftar’
LANGKAH 2: ISI BORANG PERMOHONAN BANTUAN DANANITA MARA
- Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftar sebentar tadi.
- Isi borang permohonan anda dengan lengkap kemudian hantar permohonan tersebut online.
LANGKAH 3: HANTAR PERMOHONAN & CETAK SALINAN PERMOHONAN
- Cetak salinan permohonan dan sertakan salinan tersebut bersama dokumen sokongan (seperti senarai di bawah) dan hantar ke pejabat MARA daerah yang berhampiran.
LANGKAH 4: PENYEDIAAN DOKUMEN SOKONG PERMOHONAN
Rujuk senarai semak dokumen sokongan berikut:
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Perniagaan DanaNITA MARA
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan DanaNITA MARA ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:
- E-melkan pertanyaan anda ke alamat e-mel yang tertera: [email protected]
- Atau hubungi:
Selamat maju jaya kami ucapkan pada usahawan wanita di luar sana untuk menjayakan perniagaan anda.
TERIMA KASIH