Kemaskini Nombor Telefon BSN Di Cawangan BSN 2021

Kemaskini Nombor Telefon BSN Di Cawangan BSN 2021

Kemaskini Nombor Telefon BSN.

Anda dah tukar nombor telefon dan nombor telefon yang lama dah tak ada aktif? Macam mana nak kemaskini nombor telefon baru untuk memudahkan urusan perbankan internet anda dengan BSN?

Ditambah lagi dengan perkembangan teknologi masa kini dapat memudahkan banyak urusan antaranya adalah perbankan internet. Bank Simpanan Nasional (BSN) juga telah menyediakan perbankan internet.

Macam mana tukar?

Mudah sahaja.

Baca artikel Thesumber hari ini Kemaskini Nombor Telefon BSN Di Cawangan BSN 2021 untuk memudahkan urusan anda dengan perbankan internet BSN.

Jom baca!

MyBSN Perbankan Internet Anda

Perkembangan teknologi dan maklumat kini telah menembusi pelbagai sektor termasuk dunia perbankan yang agak dinamik dan menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran.

Satu kejayaan yang telah dilaksanakan secara meluas oleh bank adalah penggunaan internet banking untuk menyokong perkhidmatan kewangan jarak jauh. Dengan menggunakan internet banking, Anda boleh melakukan pelbagai jenis transaksi perbankan melalui telefon bimbit atau komputer riba yang disambungkan ke internet.

BSN telah memperkenalkan MyBSN sebagai aplikasi perbankan atas talian yang menawarkan pelbagi perkhidmatan kepada pengguna. Antaranya ialah perkhidmatan pertanyaan baki, tambah nilai pra bayar, pembayaran bil, pindahan GIRO Antara Bank (IBG), Insurans Motor dan Auto Kredit.

Dengan kemudahan ini, pengguna MyBSN boleh menyelesaikan pelbagai urusan di mana sahaja tanpa perlu hadir ke cawangan BSN. Pengguna boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet

Read Also :  Semakan Penyata Pencen ATM 2021 Secara Online

Hampir segalanya daripada Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi.

Mudah bukan?

KELEBIHAN MyBSN ONLINE

  1. Pengguna boleh menyemak baki, membayar bil, pindahan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan sendiri
  2. Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank
  3. Transaksi dalam talian yang selamat

Kemaskini Nombor Telefon BSN Di Cawangan BSN 2021

Kemaskini Nombor Telefon BSN Di Cawangan BSN 2021

Makluman daripada sumber yang dipetik dari akaun Twitter rasmi BSN menyatakan bahawa pelanggan BSN tidak lagi dibenarkan untuk tukar nombor telefon di ATM BSN.

Berikut kami kongsikan syarat-syarat sebelum anda kemaskini nombor telefon, cara kemaskini dan lain-lain untuk rujukan anda:

SYARAT KEMASKINI NOMBOR TELEFON DI BSN

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut terlebih dahulu:

  1. Nombor telefon baru untuk kemaskini nombor di BSN
  2. Bawa Kad debit atau ATM anda.
  3. Bawa Kad Pengenalan
  4. Wang secukupnya

CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON BSN DI CAWANGAN BSN

Cara kemaskini nombor telefon baru anda adalah seperti berikut:

  1. Hadir di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan anda.
  2. Ambil nombor dan tunggu giliran.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank BSN yang sedang bertugas tentang tujuan kehadiran anda iaitu ‘Kemaskini Nombor Telefon Baru’
  4. Isi borang yang diberikan oleh pegawai bank BSN dengan lengkap. Anda juga boleh membuat penukaran alamat emel pada masa yang sama.
  5. Berikan semula borang tersebut kepada pegawai yang berkenaan.

Selesai!

NOTA:

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah setelah mengemaskini nombor telefon BSN, sila rujuk Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900.

Maklumat Lanjut Kemaskini Nombor Telefon BSN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai MyBSN, sila rujuk dan hubungi butiran yang disediakan berikut:

Read Also :  Semakan Status BKM fasa 4 - Status Dan Bayaran - semak status BKM

Kesimpulan

Semoga artikel memberi banyak manfaatnya kepada anda terutama mereka yang mempunyai akaun BSN untuk membuat apa-apa transaksi secara online dengan MyBSN.

TERIMA KASIH

Is the carnivore diet heart healthy ?. 연차 수당은 연차 휴가를 사용하지 않은 경우에만 지급됩니다.