PEMERKASA 2021: Bantuan Kredit eWallet RM150 Golongan Belia

PEMERKASA 2021: Bantuan Kredit eWallet RM150 Golongan Belia

PEMERKASA 2021: Bantuan Kredit eWallet RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT

Program bantuan khas untuk rakyat Malaysia; PEMERKASA mempunyai 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 yang lalu.

Untuk makluman anda, melalui Program eBelia di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), golongan belia dan pelajar institut pengajian tinggi yang berkelayakan akan menerima bantuan eWallet sebanyak RM150.

Dimana anda boleh buat tebusan bantuan eWallet RM150 ni?

Apa kategori belia yang layak untuk mendapatkan bantuan ini?

Anda nak tahu?

Jom teruskan bersama kami dengan artikel PEMERKASA 2021: Bantuan Kredit eWallet RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT sebagai panduan anda.

PEMERKASA 2021: Bantuan Kredit eWallet RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT

Untuk makluman anda, menerusi bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.

Antara salah satu tujuan pelaksanaan bantuan kredit eWallet ini adalah untuk mendidik golongan belia untuk membudayakan transaksi tanpa atau cashless yang lebih selamat dan cepat.

Dijangka seramai 2 juta belia yang berkelayakan akan menerima bantuan ini yang menelan belanja sebanyak RM300 juta.

eWallet merupakan ‘Dompet Online’ anda dimana anda menyimpan wang, maklumat akaun bank, maklumat kad debit dan kredit di dalam satu aplikasi online.

Tak perlu nak bawa dompet besar dengan wang yang banyak. eWallet kan ada?

Read Also :  Permohonan Bantuan Tunai Rakyat

Jom tengok satu persatu, informasi berkaitan bantuan kredit eWallet ini.

 

KATEGORI BELIA YANG LAYAK

2 kategori belia yang layak mendapat bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Belia yang sedang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja

CARA TEBUS BANTUAN KREDIT eWALLET RM150

Program eWallet ini akan bermula pada bulan Jun 2021 dan tarikh penebusan bermula 1 Jun 2021 hingga 22 Julai.

Belia yang berjaya membuat penebusan eWallet RM150 boleh membelanjakan kredit tersebut sehingga 31 Julai 2021.

*Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa cara-cara untuk anda membuat penebusan eWallet*

Walaubagaimanapun, yang pastinya anda boleh membuat penebusan kredit eWallet ini dengan aplikasi Boost, Touch n’ Go dan Grab Pay dengan cara berikut:

  • Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  • Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan klik ‘Hantar’
  • Anda akan diberikan makluman sekiranya tuntutan bantuan eWallet anda berjaya

PEMERKASA 2021: Bantuan Kredit eWallet RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT

Soalan Lazim PEMERKASA 2021: Bantuan Kredit eWallet RM150

Apakah itu program eBelia Pemerkasa?

  • Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Siapa yang layak memohon?

  • Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021.

Bagaimana untuk memohon?

  • Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet

In conclusion, the choice between saas and traditional software depends on your business’s unique needs and preferences.