Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)

Apakah itu PerantiSiswa – Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)

PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk membantu penuntut / mahasiswa B40 sepenuh masa dari kategori di bawah untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

    1. Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia;
    2. Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi serta pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    3. Pelajar Asasi di Universiti Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
    4. Pelajar ASWARA di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

Mahasiswa yang layak boleh membuat permohonan mendapatkan peranti tersebut bagi tujuan pembelajaran. Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia adalah bertujuan menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada di dalam kelompok keluarga B40. ini membolehkan proses pengajian mahasiswa terus berjalan tanpa gangguan. Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang dijayakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan kerjasama syarikat telekomunikasi yg terpilih akan mula diedarkan mulai 3 September 2022 dan bakal diagihkan kepada mereka yang layak. Pemohon yang diluluskan bakal mendapat Tablet Samsung model terkini yang lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.

JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN PERANTI SISWA

  • Skrin 10.1” Paparan FHD
  • Android OS 10
  • 4G LTE
  • Minimum RAM 4GB
  • storan 64GB
  • Slot SD Micro 256GB
  • Kamera hadapan 2MP
  • Kamera belakang 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri 4500 mAh
  • Pengecas USB
  • Papan kekunci bluetooth
  • Pen stylus
Read Also :  Permohonan Bantuan Makanan Covid19 Keluarga Kuarantin Labuan

sumber dari : https://youtu.be/VPkXLFH8_4o

Kelayakan dan syarat Permohonan – Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)

  • syarat-syarat umum kelayakan bagi pemohon adalah :
    1. Warganegara Malaysia;
    2. keluarga B40 dan pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah
    3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan ataupun Ijazah Sarjana Muda di semua institusi yang berdaftar dengan KPM, KPT serta MOTAC
    4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022
    5. Pelajar sepenuh masa
    6. tidak menerima sebarang bantuan peranti daripada program-program Kerajaan lain
Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)
Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS) perantisiswa, perantisiswa kkmm, perantisiswa 2022, perantisiswa kkmm gov my 

TARIKH dan PERMOHONAN PERANTISISWA FASA DUA

TARIKH  dan cara SEMAKAN TERIMA PERANTISISWA 

  • Agihan peranti bagi Program Perantisiswa akan bermula mulai Ogos 2022.
  • keputusan permohonan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.
  • Peranti Siswa dijangka akan mula diagihkan seawal bulan Jun 2022.

TERMA & SYARAT PERMOHONAN PERANTISISWA

  1. Pemberian hanya satu (1) unit peranti kepada pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
    3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
    4. Pelajar Tingkatan Enam (STPM) di bawah KPM (2 semester);
    5. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
    6. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
    7. tidak menerima sebarang bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan
  2. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  3. Peranti yang dberikan ini akan menjadi hak milik pelajar secara terus. Hal ini bermaksud, pelajar tidak perlu memulangkan semula peranti apabila sudah tamat pengajian.
  4. Penerima peranti harus melaporkan sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui cara yang akan ditentukan untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
  5. Penerima peranti bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima dan tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak.
  6. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau mengalami sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  7. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  8. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  9. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  10. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Read Also :  Permohonan Baru BPR 2021 Online Bermula 15 Januari

 

 

 

Examine the interest rates on credit cards and personal loans.