Daftar Saringan Covid Selangor (SELANGKAH) 2021 Online

Daftar Saringan Covid Selangor (SELANGKAH) 2021 Online

Daftar Saringan Covid Selangor.

Warga Selangor khususnya kini berpeluang untuk mendaftar saringan Covid-19 percuma secara atas talian dengan memuat turun aplikasi SElangkah.

Apa itu SElangkah?

Bagaimana dengan proses pendaftaran dan temujanji saringan Covid-19 Selangor ini?

Dapatkan semua maklumat yang anda cari dalam artikel Thesumber hari ini Daftar Saringan Covid Selangor (SELANGKAH) 2021 Online untuk sama-sama kita peka dan prihatin demi membantu mengurangkan kes penularan pandemik Covid-19 yang semakin serius di negara.

Apa tunggu lagi?

Jom teruskan membaca artikel kami.

Apa Itu SELANGKAH?

Untuk makluman anda, SElangkah adalah satu aplikasi yang diperkenalkan pada Mei 2020 sebagai penyelesaian kerajaan Selangor dalam menguruskan penyebaran Covid-19 di negeri ini.

Konsep inisiatif SELangkah – Langkah Masuk Dengan Selamat – adalah untuk mengautomasi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis, dengan mudah dan pantas dengan 3 objektif utama:

  • “Melindungi premis perniagaan,
  • “Melindungi pelanggan
  • “Membantu pasukan baris hadapan”

Aplikasi ini dilengkapi dengan Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) iaitu sistem pendaftaran keluar-masuk di premis-premis kerajaan, perniagaan dan individu seperti aplikasi MySejahtera.

Pengunjung boleh mengimbas poster kod QR sebelum memasuki premis menggunakan SElangkah seperti MySejahtera dengan tambahan aplikasi SElangkah membolehkan anda membuat bayaran bergantung kepada tetapan pemilik premis.

Apa yang membezakan SElangkah dengan MySejahtera adalah og lawatan pengunjung premis ini akan dikawal selia oleh pentadbiran Kerajaan Negeri, dan diaktifkan oleh pegawai kesihatan awam sekiranya terdapat insiden Covid-19 dilaporkan di premis tersebut.

Read Also :  Tarikh Bayaran i-Citra KWSP September 2021

Inisiatif terbaru dengan SElangkah adalah rakyat negeri Selangor boleh mendaftar untuk saringan Covid-19 secara percuma.

Bagaimana?

Teruskan membaca.

Daftar Saringan Covid Selangor (SELANGKAH) 2021 Online

LOKASI SARINGAN COVID-19 PERCUMA SELANGOR

Lokasi-lokasi saringan Covid-19 percuma di Selangor buat rujukan anda:

Daftar Saringan Covid Selangor

NOTA:

  • Anda boleh melihat kemaskini maklumat ini melalui aplikasi selangkah dari semasa ke semasa

CARA DAFTAR SARINGAN COVID-19 PERCUMA SELANGOR

Ikuti cara pra-daftar saringan Covid-19 percuma Selangor di bawah sebagai panduan:

  1. Anda perlu Muat Turun: APLIKASI SELANGKAH ataupun layari: PORTAL RASMI SELANGKAH
  2. Anda perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu dengan mengisikan maklumat peribadi yang diminta berserta dengan nombor telefon.
  3. Kemudian klik pada ‘Sihat’ dan pilih ‘Pendaftaran Saringan’
  4. Daftar dan isikan semua maklumat dengan lengkap pada ruang yang disediakan.
  5. Buat semakan pendaftaran selepas 15 minit kemudian untuk melihat waktu kehadiran yang telah ditetapkan.

NOTA:

  • Anda perlu menghadiri program saringan yang lain, sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri pada janji temu yang telah ditetapkan.
  • Untuk mengubah janji temu anda, klik pada TELEGRAM SElengkah untuk menetapkan janji temu saringan Covid-19 yang baharu.

Maklumat Lanjut Daftar Saringan Covid Selangor

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran saringan Covid Selangor ini anda boleh terus rujuk saluran berikut:

Pastikan anda sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh KKM dimana sahaja anda berada untuk kita sama-sama memerangi pandemik Covid-19 yang makin serius melanda negara.

Kita jaga kita.

TERIMA KASIH

Martins ad network.