Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)

apakah itu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)? . Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 setelah Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan oleh Parlimen. Skim ini adalah bertujuan untuk menyediakan perbagai faedsah perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga. Pendaftaran untuk SKSSR kini boleh dibuat di mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh negara. Mereka yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman RM120 setahun secara ‘in advance’ bagi menerima perlindungan selama 12 bulan berturut-turut serta memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut. suami juga boleh membuat caruman bagi isterinya. Senarai pejabat perkeso di sini https://www.perkeso.gov.my/ibu-pejabat-perkeso.html

Pendaftaran dalam talian : masih belum di buka.   Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Siapakah yang layak memohan dan syarat kelayakan ? Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Siapakah Suri Rumah? Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak, termasuk seorang isteri, ibu/ibu tunggal, janda, balu.

  • SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
  • SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran.
BACA JUGA :  Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji Dorman (Tak Aktif Lebih 7 Tahun)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  • Perempuan
  • Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu

 

 

Faedah Perlindungan Bencana Domestik 

  • Faedah Perubatan – Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan dan layanan pesakit luar di hospital, klinik atau institusi lain.
  • Faedah hilang upaya kekal – Suri rumah yang mengalami satu atau lebih hilang upaya kekal akibat bencana domestik, boleh memohon dan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal secara sekali gus dengan pengesyoran oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Elaun Layanan Sentiasa -Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal atau Elaun Keuzuran akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi daripada orang lain. Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
  • Faedah pengurusan Mayat – Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.
  • Kemudahah Pemulihan Jasmani Atau Dialisis – Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap hilang upaya kekal atau keilatan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
  • Pencen Penakat – Sekiranya suri rumah meninggal dunia akibat bencana domestik atau  ketika sedang menerima Elaun Keuzuran, dengan syarat kematian berlaku sebelum umur 55 tahun, Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak iaitu duda sehingga mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia, dan kepada setiap anak sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin. Jika tidak meninggalkan duda atau anak, Pencen Penakat akan dibayar kepada ibu atau bapa sehingga mereka berumur 55 tahun atau meninggal dunia. Bagi anak yang sedang menuntut, Pencen Penakat akan terus dibayar sehingga tamat pengajian ijazah pertama atau berkahwin. Pencen ini dibayar secara berterusan kepada anak yang terencat akal, kurang upaya fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, sehingga berumur 55 tahun.
BACA JUGA :  Borang Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) RM500 2021 Online

Faedah perlindungan Keilatan

  • Elaun Keuzuran -Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menghidap keilatan dengan pengesyoran penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.Suri rumah dianggap menghidap keilatan akibat sesuatu keuzuran yang berkekalan, sehingga tidak lagi berupaya melaksanakan sebahagian besar aktiviti menguruskan rumah tangga.Pemberian elaun ini akan berakhir setelah keilatan yang dialami suri rumah terhenti, mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
  • Elaun Layanan Sentiasa -Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima  Elaun Keuzuran atau Faedah Hilang Upaya Kekal akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain.Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani Atau Dialisis – Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap keilatan  atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
  • Faedah Pengurusan Mayat – Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.
  • Pencen penakat – Sekiranya suri rumah yang sedang menerima Elaun Keuzuran meninggal dunia  atau beliau meninggal dunia akibat bencana domestik, dengan syarat kematian berlaku sebelum usia 55 tahun, Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak iaitu duda sehingga mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia, dan kepada setiap anak sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin. Jika tidak meninggalkan duda atau anak, Pencen Penakat akan dibayar kepada ibu atau bapa sehingga mereka berumur 55 tahun atau meninggal dunia.Bagi anak yang sedang menuntut, Pencen Penakat akan terus dibayar sehingga tamat pengajian ijazah pertama atau berkahwin. Pencen ini dibayar secara berterusan kepada anak yang terencat akal, kurang upaya fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, sehingga berumur 55 tahun.
BACA JUGA :  Permohonan Rumah Kos Rendah Malaysia Secara Online

 

sebarang permohonan boleh di buat menggunakan borang yang telah di sedia oleh pihak perkeso seperti di bawah :

 

What is digital marketing ?.