Permohonan Rumah Kos Rendah Malaysia Secara Online.
Keperluan asas manusia yang utama salah satunya adalah memiliki tempat tinggal, rumah sendiri. Di zaman ekonomi dunia giat berkocak ini, impian untuk memiliki rumah agak terhad untuk rakyat Malaysia.
Jadi apa jalan penyelesaian yang kerajaan lakukan untuk menyelesaikan isu ni?
TheSumber bersama artikel Permohonan Rumah Kos Rendah Malaysia Secara Online menyediakan panduan lengkap untuk anda. Mari kita teliti bersama.
Isi Kandungan
Bantuan Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat
Bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan, projek perumahan kos rendah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Rumah kos rendah boleh dikatakan merupakan alternatif terbaik kepada golongan B40 dan golongan rakyat termiskin untuk memiliki rumah dengan keadaan ekonomi masa kini yang menekan dan penawaran rumah mampu milik yang dilihat tidak menepati harga yang mampu dibeli pembeli rumah di Malaysia.
Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih dari 700 ribu permohonan untuk memiliki atau menduduki rumah kos rendah di seluruh Malaysia. Dan angka ini hanya bagi tahun 2014 sahaja. Sudah pasti jumlah tersebut akan meningkat setahun demi setahun seiring dengan perkembangan populasi di Malaysia yang sudah mencecah 32.72 juta pada tahun 2020 (sumber: Department of Statistic Malaysia)
Permohonan Rumah Kos Rendah Malaysia Secara Online
Cara-cara untuk membuat permohonan rumah kos rendah adalah berbeza-beza di setiap negeri
Para pemohon dinasihatkan agar meneliti maklumat atau arahan yang dinyatakan di dalam borang permohonan atau manual pengguna yang disediakan agar dapat melengkapkan proses permohonan dengan lancar.
Berikut kami kongsikan cara permohonan untuk setiap negeri di Malaysia:
NEGERI SELANGOR
Untuk negeri Selangor, permohonan rumah kos rendah dapat dilakukan melalui Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku.
Permohonan perlu dilengkapkan secara online di portal rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPSH)
Berikut adalah pautan yang kami sediakan:
Laman Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPSH)
WILAYAH PERSEKUTUAN
Sila klik pada pautan yang kami sediakan di bawah untuk daftar/log masuk:
Syarat-syarat kelayakan:
- Suami isteri adalah warganegara Malaysia
- Sudah berkahwin
- Had pendapatan terkumpul suami isteri:
-tidak lebih daripada RM2,500 untuk kos rendah, dan
-tidak lebih daripada RM3,500 untuk kos sederhana - Pemohon hendalah menetap atau bekerja dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35 KM dari pusat bandar
- Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti
NEGERI JOHOR
Negeri Johor menyediakan Rumah Mampu Biaya buat golongan berpendapatan rendah. Permohonan dapat anda lakukan online menerusi Portal Awam Sistem Perumahan Johor.
- Daftar/Log Masuk:
- Panduan permohonan, sila klik pasa pautan berikut:
NEGERI MELAKA
- Permohonan untuk membeli rumah kos rendah di Melaka hanya dapat dilakukan menggunakan borang permohonan yang dicetak.
- Sila dapatkan borang permohonan tersebut di laman web rasmi Lembaga Perumahan Melaka.
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut:
LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
No. 9 – 1, Jalan TU 49A,
Kompleks Komersial Boulevard,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
NEGERI PERAK
- Rumah kos rendah di negeri Perak dapat dipohon menggunakan Borang Permohonan Pembelian Rumah Kos Rendah. Muat turun borang permohonan melalui pautan kami sediakan berikut:
Permohonan Pembelian Rumah Kos Rendah
- Hantarkan borang permohonan yang lengkap ke alamat berikut:
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK
Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Tel : 05-209 5000
Fax : 05-253 0001
NEGERI PAHANG
- Permohonan rumah kos rendah bagi negeri Pahang perlu dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan secara online di pautan bawah:
Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang
NEGERI TERENGGANU
- Pendaftaran untuk membuat permohonan rumah kos rendah di negeri Terengganu boleh dilakukan secara online di pautan di bawah:
Permohonan Rumah Kos Rendah Terengganu
NEGERI PULAU PINANG
- Permohonan rumah kos rendah bagi Pulau Pinang dapat dilakukan secara online menerusi pautan eRumah Penang berikut:
Permohonan Rumah Kos Rendah Pulau Pinang
- Kaedah melengkapkan permohonan rumah kos rendah Pulau Pinang adalah seperti berikut:
Panduan Permohonan Rumah Kos Rendah Pulau Pinang
Kesimpulan
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang layak untuk membuat permohonan rumah kos rendah setiap negeri. Sebarkan artikel ini pada semua ahli keluarga dan rakan-rakan.
Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih!