Borang Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) RM500 2021 Online

Borang Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) RM500 2021 Online

Borang Permohonan Bantuan Orang Tua.

Untuk makluman anda, bayaran Bantuan Orang Tua (BOT) telah dinaikkan dari RM350 kepada RM500 bermula pada tahun ini.

Mereka yang berkelayakan dialukan-alukan untuk memohon bantuan ini.

Bagaimana? Apa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi?

Artikel kami hari ini Borang Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT )RM500 2021 Online dilengkapi dengan semua maklumat untuk rujukan permohonan anda.

Tunggu apa lagi?

Jom baca!

Apa Itu Bantuan Orang Tua (BOT)?

Untuk makluman anda, Bantuan Orang Tua(BOT) ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu setiap golongan yang ada di Malaysia menjalani kehidupan yang lebih baik dan stabil ketika menghadapi pandemik Covid-19 di Malaysia.

Borang Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) RM500 2021 Online

Kadar bantuan yang diberikan kepada mereka yang berkelayakan adalah sebanyak RM500.

NOTA:

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Borang Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT )RM500 2021 Online

Berikut kami kongsikan dimana anda boleh dapat borang permohonan bantuan, tatacara permohonan, syarat kelayakan etc untuk rujukan memudahkan proses permohonan anda.

Jom baca.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Pemohon Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Read Also :  Cara Renew Permit Pembantu Rumah Online

BORANG PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA (BOT): TATACARA PERMOHONAN

Untuk makluman, pemohon perlu mendaftarkan diri secara online terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat dengan anda.

  1. Pemohon perlu muat turun borang-borang permohonan di bawah dan isi dengan lengkap semua butiran yang diminta:

CARA PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA

  1. Layari laman web rasmi: eBantuan JKM
  2. Klik ‘Daftar Permohonan’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan anda.
  4. Setelah selesai, klik ‘Daftar’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan (seperti dalam senarai di bawah)

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut Borang Permohonan Bantuan Orang Tua

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini anda boleh terus hubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di saluran berikut:

  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat,Aras 6, 9-18,No 55, Persiaran Perdana,Presint 4,62100 Putrajaya
  2. No Tel: 03-8000 8000

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada golongan warga emas yang memerlukan bantuan. Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga atau kenalan anda yang layak menerima bantuan ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH