Isi Kandungan
Apakah itu KWSP ?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia yang ditubuhkan pada 1951. Ia di tubuhkan bertujuan bagi membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus menyempurnakan lagi visi bukan saja untuk kekal relevan tetapi untuk mencipta persaraan yang lebih baik untuk semua ahli. bagi menguatkan lagi komitmen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melindungi simpanan ahli dan meningkatkan dedikasi kami dalam memberi perkhidmatan cemerlang. Selari dengan visi utama kami iaitu membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, kami meneruskan mandat dengan merangkumi pembangunan infrastruktur negara dan dalam masa yang sama melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan ahli.
Daftar i-Akaun KWSP Online
Anda masih tidak mendaftar i-Akaun KWSP lagi? Eh rugi lah macam tu. Kenapa rugi? Tahukah anda banyak perkhidmatan yang disediakan di i-Akaun antaranya anda boleh membuat semakan penyata secara online? Nak buat semakan KWSP pun mudah.
Tak percaya? Mari baca artikel kami di Thesumber Daftar i-Akaun KWSP Online 2022 Dengan Mudah semua kekeliruan dan tanda tanya anda kami selesaikan di sini.
Apa tunggu lagi? Jom!
Apa Itu i-Akaun KWSP?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan i-Akaun bagi membenarkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian atau online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP. i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Anda boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer. Jimat masa dan tenaga, tak perlu beratur menunggu lama nak berurusan di kaunter KWSP. Tambah pula dengan pengeluaran iSinar dan iLestari KWSP, dengan adanya i-Akaun ni mudah anda nak berurusan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:
- Kemaskini profil peribadi
- Semak status penamaan
- Semak kelayakan pengeluaran
- Daftar simpanan shariah
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
Daftar i-Akaun KWSP Online Dengan Mudah
Macam mana nak daftar? Jangan risau, berikut kami kongsikan cara untuk anda daftar/aktifkan i-Akaun KWSP secara online:
CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP ONLINE
Ahli perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kaunter KWSP. Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diterima selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari. Suka kami ingatkan di sini bahawa anda perlu terlebih dahulu mendaftar di : https://online.kwsp.gov.my/iakaundaftar/?lang=en dengan mengisi semua maklumat yang di perlukan seperti :
- No Mykad / No MyPR
- No KWSP
- No telefon bimbit
- Alamat email
sekiranya semua maklumat telah di isi dan klik “yes” . anda akan menerima sms yang mengandungi kata laluan sementara untuk anda akses ke dalam i-akaun anda nanti.
setelah menerima sms katya laluan sementara, anda boleh terus log masuk ke i-akaun (member) anda : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login?-1.ILinkListener-firstLoginLink
- Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
- . Layari www.kwsp.gov.my.
- Pilih Log Masuk di tab menu dan klik i-Akaun (Ahli).
- Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
- Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.
- Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.
- Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna. ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit. (Contoh: ahmad1234) (Nota : ID Pengguna boleh dipinda sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan)
- Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan. (Contoh : AbuAli12345)
- Pilih Imej Online.
- Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.
- Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan. Ahli boleh terus login ke i-Akaun.
Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut mengenai i-Akaun KWSP, anda boleh terus hubungi atau rujuk pada:
- Telefon: 03-8922 6000
- Panduan: Pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP
Sekiranya artikel ini dapat membantu memudahkan urusan anda, kongsikan manfaat artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang terus mengancam kestabilan negara.
Sama-sama kita jaga kita.
cara daftar i akaun kwsp online handphone, cara daftar i akaun kwsp, daftar i sinar kwsp, daftar i akaun kwsp
TERIMA KASIH