Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji Dorman (Tak Aktif Lebih 7 Tahun)

Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji Dorman (Tak Aktif Lebih 7 Tahun)

Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji.

Anda mempunyai akaun bank Tabung Haji yang tidak aktif melebihi 7 tahun? Macam mana nak aktifkan semula akaun anda?

Apa pula yang dimaksudkan dengan akaun Tabung Haji ‘Dorman’?

Thesumber prihatin dengan situasi anda dan kami kongsikan informasi melalui artikel hari ini Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji Dorman (Tak Aktif Lebih 7 Tahun)

Panduan untuk mengaktifkan semula akaun Tabung Haji anda kami sediakan disini.

Jom baca!

Apa Itu Akaun Tabung Haji Dorman/Tak Aktif?

Untuk makluman anda, pendeposit Tabung Haji (TH) yang tidak melakukan sebarang transaksi dengan akaun mereka melebihi 7 tahun akan dikategorikan sebagai dorman berstatus tidak aktif

Namun begitu, sekiranya sebelum ini pendeposit mempunyai simpanan di dalam akaun yang tidak aktif itu, simpanan anda akan dibayar atau dipindahkan ke akaun Tabung Haji yang anda baru aktifkan.

Jangan risau, simpanan anda tidak akan hilang begitu sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengaktifkan semula akaun dorman tu.

Bagaimana?

Jom teruskan bersama kami.

Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji Dorman (Tak Aktif Lebih 7 Tahun)

Macam mana nak tahu akaun tabung haji anda aktif ataupun tidak?

Anda boleh membuat semakan status akaun anda mengikuti langkah-langkah berikut:

SEMAKAN STATUS AKAUN BANK TABUNG HAJI ONLINE

3 cara untuk anda buat semakan status adalah:

  1. Pengguna boleh terus hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03 62071919
  2. Pengguna boleh hadir terus ke cawangan Tabung Haji yang berdekatan
Read Also :  Permohonan Pinjaman Perumahan B40: Program Perakku Prihatin

NOTA:

Pastikan anda membuat tempahan temujanji Tabung Haji secara online terlebih dahulu sebelum ingin kemana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan.

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN TABUNG HAJI

Untuk makluman anda juga, pendeposit yang berstatus aktif akan dapat menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, mendapat agihan keuntungan, zakat dibayar, patuh syariah, dikecualikan cukai dan berpeluang menyertai kempen simpan, daftar dan menang.

Aktifkan semula akaun anda sekarang untuk menikmati semua tawaran faedah di atas dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pengguna boleh hadir di mana-mana cawangan Tabung Haji yang berdekatan
  2. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan bersama anda
  3. Untuk tujuan pengaktifan semula akaun, pendeposit perlu membuka akaun baru
  4. Setelah akaun baru diaktifkan, simpanan daripada akaun tidak akftif akan dipindahkan ke akaun baru tersebut

Bagaimana cara nak elakkan dari akaun Tabung Haji anda dorman/tidak aktif?

Untuk mengelakkan daripada akaun anda bertukar status ke ‘Tidak Aktif’ pastikan anda melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi atau pengeluaran wang dalam tempoh 7 tahun berturut-turut.

Transaksi boleh dilakukan melalui kaedah berikut:

  • Kaunter Tabung Haji
  • Uniteller
  • Mesin ATM / CDM
  • Perbankan internet / THiJARI

Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji Dorman (Tak Aktif Lebih 7 Tahun)

Maklumat Lanjut Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji Dorman

Sebarang maklumat lanjut mengenai pengaktifan semula akaun Tabung Haji ini anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan dan pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan KKM tidak kira dimana jua anda berurusan.

TERIMA KASIH

7 reasons to add podcasting to your business marketing mix. 2 : 연차 수당 계산 방법.