Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2021 Secara Online

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2021 Secara Online

Permohonan Biasiswa PIDN JPA.

Berita baik buat pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat pertama ijazah di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU), Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah JPA telah pun dibuka!

Sudah semestinya pengumuman ini menjadi perhatian buat mereka yang layak dan berminat untuk membuat permohonan biasiswa PIDN ini.

Persoalannya bagaimana cara untuk anda membuat permohonan? Apa syarat kelayakan permohonan biasiswa PIDN 2021 ini?

Haaa, jangan risau, kami di Thesumber ada jawapannya!

Teruskan membaca artikel kami hari ini Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2021 Secara Online sebagai panduan ringkas tapi padat khas buat pelajar yang berminat untuk memohon.

Apa tunggu lagi?

Apa Itu Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)?

Untuk makluman anda, tawaran PIDN 2021 ini adalah secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang mana terdapat empat keadaan perjanjian yang dilaksanakan iaitu:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar tersebut berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar tersebut berkhidmat dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian mereka.
  4. Selain daripada keadaan-keadaan seperti di atas, pelajar tersebut dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Read Also :  Permohonan E Madani

SENARAI UNIVERSITI YANG DITAJA BIASISWA PIDN 2021

Makluman untuk pelajar yang menyambung pengajian di dalam senarai universiti di bawah, anda layak untuk memohon biasiswa ini.

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Politeknik Premier
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2021 Secara Online

BIDANG YANG TIDAK LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk makluman anda, secara umumnya semua bidang adalah ditaja dalam PIDN kecuali bidang-bidang berikut:

  • Bidang pendidikan.
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan.
  • Program-program berbentuk francais universiti awam/IPTS;
  • Program-program berkembar/dual ijazah/double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan.
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra
  • perkhidmatan.
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA.
  • Program pengajian secara separuh masa/jarak jauh/atas talian/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2021 Secara Online

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BIASISWA PIDN JPA

Terdapat 2 kategori syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

SYARAT-SYARAT UMUM

  1. Pelajar tersebut merupakan warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Pelajar terbabit tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Pelajat terbabut tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  5. Pelajar tersebut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Berumur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).
Read Also :  Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Malaysia 2020

SYARAT-SYARAT KHAS

  1. Pelajar tersebut telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
  2. Bagi pelajar bidang selain perubatan dan pergigian:
    Pelajar tersebut yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau
    Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat  Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau
    Pelajar tersebut memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan
    Pelajar tersebabit mestilah mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini atau semasa.
  3. Untuk bidang perubatan dan pergigian:
    Pelajar tersebut memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian &
    Mereka mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini atau semasa.

CARA PERMOHONAN BIASISWA PIDN JPA 2021

Sekiranya pemohon memenuhi kesemua syarat permohonan di atas anda boleh terus membuat permohonan dengan merujuk langkah-langkah berikut:

  1. Pelajar perlu membuat permohonan di laman: ePermohonan Program PIDN 2021
  2. Klik ‘Daftar’ sekiranya anda membuat pendaftaran kali pertama.
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2021

Sebarang pertanyaan mengenai biasiswa JPA ini anda boleh terus hubungi pihak JPA melalui saluran berikut:

Read Also :  Semakan Permohonan GKP 2.0: Geran Khas Prihatin 2020

Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih.