Cara Login ePengambilan PDRM.
Istimewa permohonan jawatan kosong polis Malaysia 2021 ini kelonggaran syarat untuk warga Malaysia bukan Bumiputera kini layak dan boleh mengisi kekosongan jawatan konstabel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Anda berminat? Bagaimana pula dengan syarat kelayakan permohonan?
Tahukah anda bahawa permohonan jawatan kosong PDRM kini boleh dibuat secara atas talian di ePengambilan PDRM?
Teruskan bersama kami dengan entri hari ini Cara Login ePengambilan PDRM 2021 (Jawatan Kosong PDRM Malaysia) buat rujukan mereka yang berminat untuk berkhidmat sebagai polis Malaysia.
Jom baca!
Isi Kandungan
Permohonan Jawatan Kosong PDRM Untuk Warganegara Malaysia Bukan Bumiputera
Warganegara Malaysia yang bukan bumiputera kini layak untuk mengisi kekosongan jawatan di PDRM tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kelonggaran syarat ini diberikan sebagai langkah untuk menggalakkan lagi lebih ramai rakyat Malaysia bukan Bumiputera menyertai PDRM kerana pasukan ini memerlukan khidmat mereka.
Datuk Ramli Din, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, berkata kelonggaran syarat itu diberi bagi permohonan jawatan konstabel Gred YA1 lelaki dan perempuan menerusi Pengambilan Khas Bukan Bumiputera mulai 18 Mac ini.
SISTEM ePENGAMBILAN PDRM 2021
Untuk makluman mereka yang berminat, anda kini boleh membuat permohonan jawatan kosong ini menerusi sistem ePengambilan yang terbaru.
Sistem ini mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.
Cara Login ePengambilan PDRM 2021 (Jawatan Kosong PDRM Malaysia)
Berikut kami sertakan panduan untuk anda mendaftar di sistem ePengambilan PDRM, cara permohonan jawatan kosong etc untuk rujukan anda:
TARIKH PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PDRM 2021
PDRM telah membuka pengambilan khas bukan bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis dan pengambilan Konstabel Orang Asli.
Permohonan untuk pengambilan baharu PDRM dibuka 18 hingga 31 Mac menerusi laman web ePengambilan PDRM.
CARA DAFTAR KALI PERTAMA ePENGAMBILAN PDRM 2021
- Layaran laman web: ePengambilan PDRM
- Klik pada ‘Pendaftaran Baru’
- Isikan maklumat dengan lengkap di bahagian ‘Pendaftaran Pengguna Baru’ kemudian klik ‘Serah’
- Tunggu dan semak e-mel anda untuk pengaktifan akaun baru.
- Sekiranya anda tidak menerima sebarang email, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan ‘Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID’ untuk tujuan pengaktifan akaun.
- Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik ‘Lupa Kata Laluan’
- Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, ‘Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan’
SEMAKAN JAWATAN KOSONG ePENGAMBILAN PDRM
Sebelum ingin membuat permohonan anda perlu membuat semakan jawatan terlebih dahulu untuk meneliti syarat-syarat kelayakan jawatan:
- Untuk membuat semakan, pemohon perlu klik ‘Skim Jawatan’ untuk menyemak syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan.
- Sekiranya anda berminat dengan jawatan yang disenaraikan, klik ‘Iklan’ untuk membuat semakan jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
- Selepas anda klik pada ‘Iklan’ ikon butang berwarna hijau adalah jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
- Untuk maklumat lanjut jawatan anda perlu klik ikon tersebut.
CARA LOGIN ePENGAMBILAN PDRM 2021
Berikut kami kongsikan cara login dan isi borang di sistem ePengambilan PDRM:
- Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan klik ‘Log Masuk’
- Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan *adalah input wajib. Sila klik pada ‘Simpan’ sebelum kelangkah seterusnya.
- Pada bahagian ‘Keluarga‘ maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Klik lagi pada ‘Simpan’ sebelum ke langkah seterusnya.
- Pada bahagian ‘Akademik’ maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini.
- Klik lagi pada ‘Simpan’ sebelum ke langkah seterusnya.
- Pada bahagian ‘Ko-Kurikulum’ sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
PERMOHONAN JAWATANG KOSONG PDRM DI ePENGAMBILAN
Selesai mengikuti kesemua langkah di atas berikut kami kongsikan panduan mengisi permohonan jawatan polis di ePengambilan:
- Klik ‘Permohonan Polis > Permohonan Baru‘
- Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
- Pada bahagian ‘Permohonan Jawatan’, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
- Klik ‘Simpan’ sebelum kelangkah seterusnya.
- Pada bahagian ‘Pengakuan’ sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
- Pada bahagian Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
- Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
SEMAKAN ePENGAMBILAN PDRM 2021
- Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.
- Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
- Status Pengambilan akan dipaparkan.
- Sila cetak surat panggilan tersebut.
Maklumat Lanjut Cara Login ePengambilan PDRM
Sebarang pertanyaan mengenai ePengambilan PDRM ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:
Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih.