Semak Status Kelayakan Pinjaman Peribadi BSN Online 2020

Semak Status Kelayakan Pinjaman Peribadi BSN.

Di dalam keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 dan simpanan yang semakin berkurangan sudah semestinya anda memerlukan dana tambahan untuk meneruskan kelansungan hidup yang lebih lancar.

Persoalannya bagaimana?

Thesumber hari ini dengan artikel Semak Status Kelayakan Pinjaman Peribadi BSN Online 2020 menyediakan panduan mudah untuk anda rujukan anda yang berminat untuk membuat pinjaman peribadi.

Mari teruskan bersama kami!

Semak Status Kelayakan Pinjaman Peribadi BSN

Pinjaman Peribadi BSN (SKAP & SKAN)

Pinjaman peribadi BSN terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP)
  2. Skim Kakitangan Awam Negeri (SKAN)

SKIM KAKITANGAN AWAM PERSEKUTUAN (SKAP)

Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP) atau BSN SKAP ialah skim pinjaman peribadi yang disediakan bagi anda pelanggan BSN yang mungkin menghadapi masalah kewangan.

SKAP adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional.

FAEDAH PINJAMAN SKAP

  • Pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Tawarruq serta tidak bercagar (tidak perlu untuk mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk membuat permohonan)
  • Kadar keuntungan yang rendah (caj bermula daripada 2.48% p.a)
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel (boleh memohon sehingga maksimum RM400,000)
  • Tempoh pembiayaan yang panjang, di mana pilihan untuk tempoh bayaran balik bermula daripada 24 bulan (2 tahun) dan boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun
  • Tidak perlu menukar akaun gaji
  • Tidak memerlukan tandatangan daripada majikan untuk membuat permohonan
  • Mudah untuk membuat penyatuan hutang dengan institusi perbankan yang lain
  • Tiada caj dikenakan untuk pemprosesan permohonan
  • Tiada caj penamatan awal dikenakan sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh perjanjian
  • Bayaran ansuran bulanan adalah melalui pemotongan gaji
  • Tidak dipengaruhi oleh rekod CCRIS (Pemohon yang mempunyai rekod buruk CCRIS masih boleh memohon, tetapi terpulang kepada bank selepas menyemak rekod kredit pemohon dan mengira risiko yang perlu ditanggung oleh bank)
  • Tempoh kelulusan dari 1 hari sehingga 7 hari bekerja
  • Juga terbuka untuk kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bukan bekerja tetap (kontrak/sementara)
BACA JUGA :  Permohonan Baru BPN 2.0 & Semakan Status Online

SKIM KAKITANGAN AWAM NEGERI (SKAN)

Skim Kakitangan Awam Negeri atau SKAN pula adalah pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional dan KHUSUS untuk kakitangan kerajaan di bawah Kerajaan Negeri.

FAEDAH PINJAMAN SKAN

  • Pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Tawarruq serta tidak bercagar (tidak perlu untuk mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk membuat permohonan)
  • Kadar keuntungan yang rendah (caj bermula daripada 2.48% p.a)
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel (boleh memohon sehingga maksimum RM400,000)
  • Tempoh pembiayaan yang panjang, di mana pilihan untuk tempoh bayaran balik bermula daripada 24 bulan (2 tahun) dan boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun
  • Tidak perlu menukar akaun gaji
  • Tidak memerlukan tandatangan daripada majikan untuk membuat permohonan
  • Mudah untuk membuat penyatuan hutang dengan institusi perbankan yang lain
  • Tiada caj dikenakan untuk pemprosesan permohonan
  • Tiada caj penamatan awal dikenakan sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh perjanjian
  • Bayaran ansuran bulanan adalah melalui pemotongan gaji
  • Tidak dipengaruhi oleh rekod CCRIS (Pemohon yang mempunyai rekod buruk CCRIS masih boleh memohon, tetapi terpulang kepada bank selepas menyemak rekod kredit pemohon dan mengira risiko yang perlu ditanggung oleh bank)
  • Tempoh kelulusan dari 1 hari sehingga 7 hari bekerja
  • Juga terbuka untuk kakitangan Kerajaan Negeri yang bukan bekerja tetap (kontrak/sementara)

Semak Status Kelayakan & Permohonan Pinjaman Peribadi BSN

SEMAK STATUS KELAYAKAN PINJAMAN BSN SKAN

SYARAT-SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.
BACA JUGA :  Permohonan Rumah Kos Rendah Malaysia Secara Online

SYARAT-SYARAT KHAS

  • Bagi kakitangan Kerajaan Negeri yang bekerja tetap, mestilah telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan
  • Bagi kakitangan Kerajaan Negeri yang berstatus kontrak/sementara, mestilah telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu ada penjamin. Penjamin mestilah kakitangan Kerajaan Negeri yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan

LANGKAH PERMOHONAN PINJAMAN BSN SKAN (DOKUMEN YANG DIPERLUKAN)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  3. HRMIS atau Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara
  4. Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

SEMAK STATUS KELAYAKAN PINJAMAN BSN SKAP

SYARAT-SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

SYARAT-SYARAT KHAS

  • Bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bekerja tetap, mestilah telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan
  • Bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berstatus kontrak/sementara, mestilah telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu ada penjamin. Penjamin mestilah kakitangan Kerajaan Persekutuan yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan.

LANGKAH PERMOHONAN PINJAMAN BSN SKAP (DOKUMEN YANG DIPERLUKAN)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  3. HRMIS atau Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara
  4. Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

Kesimpulan Semak Status Kelayakan Pinjaman Peribadi BSN

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat perancangan kewangan yang lebih jelas dan kukuh. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

BACA JUGA :  Permohonan BSN Micro i-Kredit PRIHATIN Terkini

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH