Cara Kemaskini GKP 1.0 & 2.0: Status Gagal Kredit
Perhatian kepada semua pemohon GKP 1.0 & 2.0 yang menerima status gagal kredit sebelum ini anda perlu membuat proses kemaskini maklumat akaun bank.
Bagaimana cara nak kemaskini?
Thesumber bawakan anda artikel Cara Kemaskini Permohonan GKP 1.0 & GKP 2.0: Status GAGAL KREDIT sebagai panduan buat anda yang perlu membuat proses kemaskini. Semuanya ada disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Cara Kemaskini GKP 1.0 & GKP 2.0: Status GAGAL KREDIT
Pemohon yang terlibat untuk membuat proses kemaskini maklumat akaun bank ini adalah pemohon yang menerima status GAGAL KREDIT semasa permohonan mereka sebelum ini.
Pemohon perlu memastikan maklumat akaun bank yang dikemaskini masih aktif dan menggunakan:
- NOMBOR AKAUN SIMPANAN PERIBADI PEMOHON ATAU
- NOMBOR AKAUN SEMASA PERIBADI PEMOHON
Pemohon diingatkan untuk tidak mengisi NOMBOR AKAUN BANK SEMASA SYARIKAT
Bayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Proses kemaskini ini akan membolehkan proses pengkreditan bantuan ke akaun pemohonan mulai MAC 2021.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK
- Pemohon perlu melayari portal rasmi GKP
- Kemudian Log Masuk seperti biasa
- Masukkan ID Pengguna anda
- Tekan ‘Semak’
- Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:
- Nama
- Nombor MyKad
- Status Permohonan
- Klik ‘Kemaskini’ dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif (sila rujuk nota di atas)
- Klik ‘Simpan’ untuk menghantar maklumat yang telah anda kemaskini
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 2.0
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
Pemohon juga perlu:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN GKP 2.0
Mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan di atas boleh teruskan permohonan seperti di bawah:
- Permohonan baru akan dibuka bermula 1-31 Oktober 2020.
- Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my
- Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.
BORANG PERMOHONAN GKP ONLINE
Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja menerusi pautan yang disediakan LHDNM seperti yang telah kami sediakan di bawah:
Borang Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)
Ingin kami maklumkan disini, borang permohonan ini diaktifkan pada 1 Mei 2020, jam 900 pagi dan permohonan secara manual tidak akan diterima.
MAKLUMAT TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
- TARIKH DIBUKA : 1 OKTOBER 2020
- TARIKH DITUTUP: 31 OKTOBER 2020
KADAR BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) YANG DIBERIKAN
- Geran Khas Prihatin Adalah RM 3,000 sahaja Secara One Off
Semakan Status GKP 2.0 Online
Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan permohonan GKP anda bermula pada minggu pertama Jun 2020.
Permohon yang diterima permohonannya akan menerima bayaran dijangka pada bulan Jun 2020.
Semakan status permohonan anda boleh dibuat melalui pautan yang kami sediakan di bawah:
Semakan Keputusan Geran Khas PRIHATIN
NOTA:
Kaedah pembayaran geran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak dan akaun bank anda mestilah aktif.
KOD ALASAN TIDAK LULUS & DOKUMEN SOKONGAN RAYUAN
Berikut kami sertakan kod alasan tidak lulus dan dokumen yang anda perlukan:
KOD ALASAN | ALASAN TIDAK LULUS | DOKUMEN |
01 | Pekerja melebihi 4 orang |
|
03 | Tiada pendapatan / perniagaan tidak aktif | Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019 |
05 | Jualan melebihi RM300,000 | Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019 |
04 | VIP / Individu Berprofil Tinggi |
|
07 | Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT | Sijil pendaftaran perniagaan |
Maklumat Lanjut Cara Kemaskini Permohonan GKP
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:
- Hasil Care Line: 03 8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara) juga beroperasi pada 1 & 2 Mei 2020, 9.00 pagi – 4.30 petang.
- Facebook LHDNM
- Portal Rasmi LHDNM
Kesimpulan
Semoga artikel mengenai geran khas prihatin (GKP) ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sebar-sebarkan artikel kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
TERIMA KASIH