Permohonan dan Semakan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Permohonan dan Semakan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Perhatian kepada graduan – graduan yang mempunyai Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Berita baik buat anda yang berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf dengannya. Kini anda boleh membuat permohonan dan semakan pengecualian bayaran balik pinjaman. Kami akan kongsikan dengan anda bagaimana. Pengecualian Bayaran Balik Ptptn. Pengecualian Bayaran Balik Ptptn Kelas Pertama

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik PTPTN

Untuk mendapat pengecualian, terdapat syarat – syarat yag telah di tetapkan oleh pihak PTPTN, Bayaran Balik Ptptn Antaranya ialah :

  1. Pemohon mestilah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh pihak IPT.
  2. Pemohon harus mengikuti pengajian peringkat Ijazah secara sepenuh masa.
  3. Berjaya menamatkan pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak boleh bertindih dengan sebarang tajaan lain.
  5. Kursus  diikuti oleh pemohon harus memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada pihak MQA.
  6. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pihak PTPTN dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

Pendaftaran Permohonan Pengecualian bayaran Balik PTPTN

Untuk panduan semua, Cara pendaftaran bagi pengecualian balik boleh di buat melalui online, Caranya Adalah seperti berikut :

1.Peminjam harus membuat capaian ke sistem permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman ijazah sarjana muda
kelas pertama atau setaraf dengannya di https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

Pengecualian Bayaran Balik

2. Peminjam perlu Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan No. Pinjaman Peminjam.Sekiranya peminjam tidak ingat No pinjaman peminjam boleh mendapatkan No. Pinjaman melalui Talian Careline PTPTN (03-2193 3000).

Read Also :  Semakan Penyata Gaji Secara Online (ePenyata ANM) 2020

Log Masuk Pengecualian bayaran Balik PTPTN

3. Peminjam dikendaki Klik pada butang Mohon untuk meneruskan ke proses permohonan.

Cara Mohon Pengecualian PTPTN.

 4. Sila kemaskini maklumat peminjam seperti berikut jika terdapat sebarang perubahan pada maklumat peminjam.

kemaskini maklumat peminjam

5. Peminjam juga dikehendaki mengemaskini maklumat pengajian.

kemaskini maklumat pengajian

6. Selain itu, peminjam juga dikehendaki mengemaskini maklumat pendapatan di dalam sistem.

kemaskini maklumat pendapatan peminjam

7. Jika Taraf Perkahwinan peminjam Bujang, peminjam perlu kemaskini maklumat Ibu Bapa di ruangan maklumat isi rumah.

maklumat isi rumah

8. Jika Taraf Perkahwinan peminjam Berkahwin,peminjam perlu kemaskini maklumat Pasangan.Jika telah selesai kemaskini, klik pada Seterusnya.

maklumat isi rumah 2

9. Seterusnya, setelah selesai Peminjam boleh membuat semakan semula maklumat yang telah dikemaskini oleh peminjam.

semakn kemaskini

Selepas semua maklumat berkaitan telah diisi, peminjam boleh meneruskan dengan memuat naik segala dokumen yang diperlukan untuk memastikan permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman berjaya. Sebelum menghantar pastikan anda menyemak segala keperluan yang dikehendaki oleh pihak PTPTN untuk memudahkan urusan permohanan.

Dokumen Sokongan Pengecualian Bayaran Balik

Seterusnya peminjam harus memuatnaik dokumen Sokongan yang perlu disahkan terlebih dahulu salinan tersebut. Pengesahan dokumen sokongan hanya boleh di buat oleh :

  1. Pengetua ataupun Guru Besar dari sekolah kerjaan sahaja.
  2. Penghulu, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim bertauliah
  3. Pegwai Kerajaan, Kumpulan Pengurusan Dan Profesional  (Gred 41 atau Kumpulan A keatas), Pengamal Undang -undang, Jaksa Pendamai atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ahli Exco)

Dokumen- dokumen sokongan dalam format PDF sahaja. Dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut :

  1. Salinan Transkrip Peperiksaan.
  2. Salinan Ijazah Kelas Pertama.
  3. Surat Pengesahan Tamat Pengajian
  4. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada pihak MQA
  5. Salinan Slip Gaji atau Penyata Cukai Peminjam

Untuk mendapatkan manual pengguna yang lengkap peminjam boleh terus ke Manual Pengguna untuk mendapatkannya.

Read Also :  Cara Memohon Ex-Gratia Kematian [Insentif Waris Penjawat Awam]

Semakan Status Permohonan Pengecualian Bayaran Balik

Untuk membuat semakan status permohonan, peminjam harus melayari https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama untuk membuat semakan. Cara Semakan adalah seperti berikut :

  1. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan No. Pinjaman Peminjam.Sekiranya peminjam tidak ingat No pinjaman peminjam boleh mendapatkan No. Pinjaman melalui Talian Careline PTPTN (03-2193 3000).Pengecualian Bayaran Balik
  2. Paparan halaman semakan status semasa untuk permohonan kelas pertama. Klik pada Cetak Surat untuk mencetak surat kelulusan.semakan permohonan pengecualian balik PTPTN

Semoga perkongsian ini dapat membantu para peminjam membuat permohonan dan semakan mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN. Kami menucapkan selamat maju jaya. Jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan – rakan dan keluarga anda.

 

 

 

Leave a Comment

This would provide a clearer perspective on the nexus one’s offerings and its standing in the mobile market. 2 : 연차 수당 계산 방법.