Permohonan Pinjaman Perniagaan MARA 2021 Untuk PKS Online

Permohonan Pinjaman Perniagaan MARA 2021 Untuk PKS Online

Permohonan Pinjaman Perniagaan MARA.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi membuka peluang kepada industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bumiputera melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P).

Industri PKS yang menghadapi krisis akibat ketidakstabilan ekonomi negara disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini boleh mencuba peluang untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan MARA ini.

Bagaimana?

Kami di Thesumber prihatin, dan artikel kami hari ini Permohonan Pinjaman Perniagaan MARA 2021 Untuk PKS Online kami sediakan khas buat golongan PKS yang berminat untuk memohon.

Jom teruskan membaca artikel kami.

Apa Itu Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P)?

Untuk makluman anda, S3P ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan peternakan.

Skim pembiayaan ini mensasarkan kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka.

Had pembiayaan yang ditetapkan menerusi S3P MARA ini adalah sehingga RM50,000.

Tempoh maksimum pembiayaan atau bayaran balik yang ditetapkan adalah sehingga 72 bulan atau 6 tahun.

BANTUAN YANG DIBERIKAN DI DALAM S3P MARA

Antara bantuan yang bakal diberikan kepada mereka yang layak di bawak skim S3P MARA ini adalah seperti berikut:

  1. Modal pusingan
  2. Pembelian peralatan
  3. Promosi dan pemasaran
  4. Belanja mengurus

Permohonan Pinjaman Perniagaan MARA 2021 Untuk PKS Online

Permohonan Pinjaman Perniagaan MARA 2021 Untuk PKS Online

Berikut kami kongsikan syarat-syarat permohonan, proses permohonan dan banyak lagi informasi lain buat rujukan anda:

Read Also :  Permohonan & Semakan Program Dermasiswa B40 Online 2020 [Tajaan JPA]

SYARAT KELAYAKAN PERMOHOHAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Syarat-syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi sebelum anda layak memohon adalah seperti berikut:

  1. Nama pemohon bebas daripada senarai hitam MARA.
  2. Pemohon adalah warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera.
  3. Pemohon mestilah berusia tidak kurang 21 hingga 60 tahun.
  4. Pemohon melepasi tapisan Carian Kredit/Pusat Sistem Maklumat Rujukan Credit (CCRIS).
  5. Berpengalaman/berpengatahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  6. Perniagaan pemohon telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
  7. Perniagaan pemohon juga berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  8. Mempunyai lesen/permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  9. Mempunyai premis perniagaan (kecuali online).
  10. Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  11. Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek.
  12. Perniagaan pemohon mestilah perniagaan patuh dengan syariah.

CARA PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA 2021 (S3P MARA)

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari laman web rasmi MARA untuk mendapatkan: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
  2. Kemudian klik pada ‘Permohonan Pembiayaan’ dan klik pada ‘Daftar Pengguna Baru’ untuk pengguna kali pertama.
  3. Isi semua butiran yang diminta untuk proses pendaftaran dan klik pada ‘Daftar’
  4. Log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda daftar tadi.
  5. Isi kesemua maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  6. Setelah selesai, semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

Maklumat Lanjut Permohonan Pinjaman Perniagaan MARA

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pinjaman perniagaan MARA ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut:

Read Also :  Permohonan MRSM 2021 Online Bagi Tingkatan 1 & 4

Selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang memohon.

TERIMA KASIH

Is the carnivore diet heart healthy ?. 연차 수당은 연차 휴가를 사용하지 않은 경우에만 지급됩니다.