Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku Yayasan Perak 2020 Online

Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku Yayasan Perak 2020 Online

Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku Perak 2020?

Adakah anda teringin memiliki rumah idaman sendiri ataupun baik pulih rumah anda yang sedia ada?

TheSumber menyediakan panduan khas untuk anda memilki rumah sendiri atau baiki keadaan rumah sedia ada khususnya buat rakyat negari Perak dengan artikel kami Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku Perak 2020. Mudah sangat, senang anda nak faham.

Anda masih berminat?

Jom baca!

Apa Itu Program Sayangi Rumahku?

Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan sebuah program bantuan rakyat dalam infrastruktur pembangunan perumahan yang dikenali sebagai Program Sayangi Rumahku. Program ini mensasarkan golongan bawahan dengan membantu menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa. Sayangi Rumahku Yayasan Perak

Sayangi Rumahku merupakan program di bawah kelolaan Yayasan Perak yang menyediakan program bantuan baik pulih serta bina baru rumah tanpa bayaran khas buat rakyat Perak yang mempunyai rumah yang telah uzur ataupun mengalami kerosakan rumah. Bantuan diberikan kepada golongan bawahan tanpa mengira latar belakang supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dan selesa. Sayangi Rumahku Perak

KATEGORI PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

KATEGORI BAIK PULIH

  • Bantuan bagi kategori Baik Pulih akan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina / baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain
  • Kos Baik Pulih maksima (paling banyak) adalah sehingga RM15,000
  • Tempoh proses baik pulih adalah antara 2 hingga 4 minggu
BACA JUGA :  Permohonan Online Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020

KATEGORI BINA BARU RUMAH

  • Bagi kategori Bina Rumah pula, bantuan akan diberikan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur dan sudah tidak selamat untuk diduduki dan dan mempunyai masalah kos untuk dibaiki.
  • Jenis rumah bina baharu boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Bina Baru 1 Bilik

  • Mempunyai keluasan 340 kaki persegi (20′ x 17′)
  • Kos pembinaan berjumlah RM30,000
  • Lakaran pelan rumah adalah seperti berikut:Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku Perak 2020

Bina Baru 2 Bilik

  • Mempunyai keluasan 440 kaki persegi (20′ x 22′)
  • Kos pembinaan berjumlah RM40,000
  • Lakaran pelan rumah adalah seperti berikut:Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku Perak 2020

Bina Baru 3 Bilik

  • Mempunyai keluasan 640 kaki persegi (20′ x 32′)
  • Kos pembinaan berjumlah RM45,000
  • Lakaran pelan rumah adalah seperti berikut:

Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku Perak 2020

Permohonan Sayangi Rumahku Perak 2020 Online

Berikut kami kongsikan pada anda syarat-syarat permohonan, borang permohonan dan cara-cara permohonan bantuan ini:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan Sayangi Rumahku Perak 2020 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan berkahwin.
  2. Berumur 45 tahun ke atas dan menetap di dalam Negeri Perak dan bermastautin melebihi 10 tahun
  3. Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin MPKK
  4. Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (Bagi permohonan bina baru)
  5. Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
  6. Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

BORANG PERMOHONAN SAYANGI RUMAHKU PERAK

Anda boleh membuat permohonan Sayangi Rumahku ini dengan mengisi borang yang boleh anda dapati daripada sumber kami berikan dibawah:

BORANG PERMOHONAN ONLINE

Dapatkan borang permohonan Program Sayangi Rumahku ini dipautan yang kami berikan di bawah:

BORANG PERMOHONAN SAYANGI RUMAHKU

BORANG PERMOHONAN MANUAL

Anda juga boleh mendapatkan borang ini secara terus di pejabat-pejabat seperti yang dinyatakan berikut:

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
BACA JUGA :  Pengeluaran RM500 Akaun KWSP 1 Selama 12 Bulan (Bajet 2021)

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan Program Sayangi Rumahku Perak:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
  3. Sebut Harga (bagi permohonan Baik Pulih Rumah)
  4. Salinan Geran Tanah (bagi permohonan Bina Baru Rumah
  5. Surat kebenaran menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah jika tanah hak milik orang lain (bagi permohonan Bina Baru Rumah sahaja)
  6. Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Bahagian Pembangunan Sosial,
Yayasan Perak, Tingkat 3,
No. 26 C, Persiaran Greentown 6,
Greentown Business Centre,
30450, Ipoh, Perak

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,  NO.111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.

No. Telefon : 05-255 2929/253 7779
No. Faks : 05-2531701

Kesimpulan

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka yang ingin membuat permohonan Sayangi Rumahku ini. Kongsi dan sebarkan artikel ini kepada mereka lain yang memerlukan.

TERIMA KASIH

Leave a Comment