Dermasiswa JPA B40 2021.
Makluman khas buat pelajar SPM 2020 yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, anda kini boleh membuat permohonan untuk Program Dermasiswa B40 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Program ini dilaksanakan bagi membantu pelajar yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Para pelajar yang berminat dan ingin memohon boleh terus ikuti panduan yang kami sediakan di dalam artikel Dermasiswa JPA B40 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan Online.
Kami sediakan semua informasi yang anda cari untuk memudahkan proses permohonan.
Jom baca.
Isi Kandungan
Apa Itu Program Dermasiswa B40 (JPA)?
Untuk makluman anda, pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.
TEMPOH PERMOHONAN
Mereka yang berminat boleh mula membuat permohonan pada 12 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021.
BIDANG-BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA
Senarai bidang pengajian yang tidak ditaja di bawah program ini adalah seperti berikut:
- Pendidikan.
- Kejururawatan.
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License).
- Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).
Dermasiswa JPA B40 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan Online
Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan, cara untuk memohon etc untuk rujukan anda:
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN DERMASISWA JPA B40
Anda perlu memenuhi kedua-dua kategori syarat kelayakan untuk membuat permohonan iaitu:
SYARAT-SYARAT UMUM
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.
- Pemohon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama.
- Umur pemohon belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).
- Ibu dan atau bapa pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari manamana pihak di peringkat pengajian yang sama.
- Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.
SYARAT-SYARAT KHUSUS
- Untuk Universiti Awam (UA)/Politeknik yang dikenalpasti:
- Pelajar perlu menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil.
- Pelajar telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
- Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))
- Pelajar menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil; dan
- Pelajar telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
CARA PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA JPA B40 ONLINE
Mereka yang menepati kelayakan yang ditetapkan di atas boleh terus memohon dengan cara berikut:
- Pemohon perlu klik pada: PERMOHONAN DERMASISWA B40 JPA
- Untuk pendaftaran kali pertama klik pada ‘Daftar’
- Klik ‘Daftar Akaun Pengguna’ selepas anda mengisi semua maklumat pendaftaran dengan lengkap dan betul.
- Log masuk untuk mengisi borang permohonan. Pastikan semua butiran yang diminta diisi dan dilengkapkan.
- Hantar permohonan setelah anda selesai menyemak semua butiran.
NOTA:
Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat Lanjut Dermasiswa JPA B40 2021
Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkaitan di saluran berikut:
- E-mel pertanyaan: [email protected]
- Sertai sesi Google Meet Dermasiswa b40 JPA
- Sesi pagi: 10.00 – 11.00 pagi
- Sesi petang: 2.30 – 3.30 petang
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH