Permohonan Program Saringan Prihatin MyEG 2020

Permohonan Program Saringan Prihatin MyEG 2020

Permohonan Program Saringan Prihatin MyEG

Sudahkan anda membuat permohonan Program Saringan Prihatin MyEG 2020? Belum? Tak tahu bagaimana proses permohonannya?

Inginkan maklumat lanjut?

Artikel kami hari ini Permohonan Program Saringan Prihatin MyEG Online 2020 kami bawakan khas sebagai rujukan buat mereka yang berminat.

Jom teruskan bersama kami!

Isi Kandungan

Apa Itu Program Saringan Prihatin MyEG?

Program Saringan Prihatin dilancarkan bagi menyediakan saringan COVID-19 bagi pekerja syarikat-syarikat di Malaysia terutamanya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Syarikat-syarikat di Malaysia kini boleh memohon subsidi saringan COVID-19 untuk pekerja mereka melalui Program Saringan Prihatin di bawah MyEG.

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah, MYEG kini turut menawarkan satu lagi perkhidmatan iaitu saringan bersubsidi menerusi Program Saringan Prihatin.

Menerusi program ini, para pekerja yang mendaftar akan mendapat subsidi bernilai RM150 seorang bagi setiap ujian saringan diadakan.

Selepas saringan dilakukan, para pekerja akan menerima sijil digital daripada MYEG dalam bentuk kod QR dinamik berwarna pada aplikasi mudah alih yang menunjukkan status ujian mereka bagi tujuan pengesahan.

Sijil digital tersebut diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja sebagai rekod bukti ujian COVID-19.

Permohonan Program Saringan Prihatin MyEG 2020

Permohonan Program Saringan Prihatin MyEG 2020

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan beberapa maklumat tambahan buat rujukan anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Program ini terbuka kepada pekerja warganegara tempatan dan asing mereka.
  2. Pekerja tersebut mestilah mendapat perlindungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Read Also :  Permohonan Pembiayaan Peduli Siswa Selangor 2020 Online

CARA PERMOHONAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MyEG

Sekiranya anda melepasi syarat kelayakan permohonan di atas anda boleh terus membuat permohonan dengan cara di bawah:

  1. Layari laman web rasmi: PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MyEG
  2. Isi maklumat syarikat dengan betul.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

NOTA:

Bagi majikan yang telah membuat permohonan sebelum ini, sila masukkan no syarikat di bahagian atas borang permohonan dan klik butang ‘Check’ untuk membuat semakan.

SOALAN LAZIM (FAQ) PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MyEG

  1. Apakah Program Saringan Prihatin?

Program Saringan Prihatin dilancarkan bagi menyediakan saringan COVID-19 bagi pekerja syarikat-syarikat di Malaysia.

  1. Adakah saringan COVID-19 ini percuma?

Bayaran saringan RM150 bagi setiap pekerja akan mendapat subsidi Program Saringan Prihatin bagi penyumbang PERKESO berdaftar.

Pekerja yang tidak layak untuk subsidi berkenaan boleh melakukan saringan pada harga RM150 dengan perbelanjaan mereka sendiri.

  1. Apakah kelebihan melakukan saringan COVID-19 ini menerusi MYEG?

Sebagai alternatif daripada meminta pekerja untuk mengunjungi klinik, kami sebaliknya akan pergi ke premis majikan (syarikat dengan lebih daripada 50 pekerja yang layak) untuk melakukan saringan. Bagi syarikat dengan jumlah kurang daripada 50 pekerja yang layak, terdapat caj perjalanan berasingan dikenakan mengikut lokasi.

       4. Bila dan di manakah saringan COVID-19 ini akan dilakukan?

Setelah majikan menyelesaikan proses pendaftaran, mereka boleh membuat janji temu untuk pekerja mereka. Melalui klinik bergerak MYEG, kami akan mengaturkan pasukan perubatan untuk pergi ke premis majikan untuk melakukan saringan.

      5. Apakah jenis saringan COVID-19 ini?

Ia adalah ujian antigen yang memerlukan swab dilakukan. Sampel akan dihantar ke makmal untuk mendapatkan keputusan.

Read Also :  Permohonan Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat

      6. Siapa yang akan melaksanakan saringan COVID-19?

Saringan akan dilakukan oleh pengamal perubatan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

       7. Adakah individu yang telah menjalani saringan COVID-19 ini akan    menerima sebarang rekod bukti mereka telah diuji?

Mereka akan menerima sijil digital daripada MYEG dalam bentuk kod QR dinamik berwarna pada aplikasi mudah alih yang menunjukkan status ujian mereka untuk tujuan pengesahan. Sijil digital berkenaan diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja sebagai rekod bukti ujian.

       8. Jika saya mempunyai pekerja yang tidak dilindungi, bolehkah   mereka menjalani saringan COVID-19?

Ya, pekerja masih boleh menjalani saringan dan akan dikenakan bayaran RM150 sebelum janji temu saringan

Maklumat Lanjut Permohonan Program Saringan Prihatin MyEG

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai program ini anda boleh terus hubungi MYEG di talian 03-7801 8888.

Kesimpulan

Semoga artikel ini dapat membantu anda menyelesaikan segala urusan dengan program saringan prihatin ini

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH