Semakan Penyata KWSP Online Dengan i-Akaun?
Anda sebagai Pencarum KWSP, semestinya tahu sistem i-Akaun KWSP yang kini sesiapa yang ada KWSP baik pekerja ataupun majikan akan guna untuk buat semakan penyata KWSP secara online. Dengan sistem i-Akaun ini memudahkan pencarum semakan baki KWSP terkini online untuk Akaun 1 dan 2.
Selalunya kita akan ke kiosk KWSP berdekatan untuk semak. Tapi kali ini TheSumber membawakan anda Semakan Penyata KWSP Online Dengan i-Akaun. Panduan lengkap! Semuanya ada disini! semakan penyata kwsp online. i akaun kwsp semak penyata secara online.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Akaun?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) di mana ia bertindak sebagai sebuah badan keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya.
KWSP telah mewujudkan sistem online bertujuan untuk membuat semakan, cetakan penyata dan juga pengeluaran atas sebab yang dibenarkan sahaja. Pencarum tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter KWSP untuk membuat
urusan seperti semakan, cetakan penyata kerana anda hanya perlu melayari laman sesawang KWSP dan klik i-Akaun untuk log masuk ke akaun KWSP online anda. Cara semak penyata kwsp online.
Mudah bukan?
PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN DI i-AKAUN KWSP
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Semakan Penyata KWSP Online Dengan i-Akaun
Berikut kami kongsikan kepada anda langkah-langkag membuat semakan penyata KWSP melalui i-Akaun: semakan penyata kwsp online
LANGKAH 1: DAPATKAN KOD PENGAKTIFAN
Sebelum membuat apa-apa semakan online melalui i-Akaun, anda perlu mendapatkan kod pengaktifan terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan kod pengaktifan ini dimana-mana kios ataupun kaunter KWSP. Bawa sekali MyKad anda ketika ingin mendapatkan kod pengaktifan ini.
Anda boleh dapatkan senarai kios atau kaunter KWSP di pautan yang kami sediakan di bawah:
PEJABAT DAN KIOS KWSP SELURUH MALAYSIA
LANGKAH 2: LOG MASUK KE i-AKAUN KWSP
- Sila layari laman rasmi KWSP dan klik pada menu login i-Akaun. Kemudian masukkan kod pengaktifan yang diberi diruang ‘ID USER’ dan tekan butang ‘NEXT’. *kod pengaktifan boleh digunakan dalam masa 30 hari
- Masukkan kata laluan sementara dan tekan butang ‘login’
- Baca terma dan syarat yang dipaparkan dengan teliti kemudian tekan butang ‘agree’. Selesai semua, tekan butang ‘next’
- Kemudian, sila tukar ID dan kata laluan sementara anda. Kemudian pilih gambar online masukkan frasa rahsia di ruang yang disediakan dan tekan butang ‘next’
- Anda kemudiannya akan diberikan arahan untuk login sekali lagi menggunakan user ID dan kata laluan yang baru.
Manual Panduan Untuk Anda:
LANGKAH 3: SEMAKAN PENYATA KWSP
Berikut adalah langkah-langkah untuk anda membuat semakan penyata KWSP di i-Akaun:
- Log masuk semula ke dalam akaun anda.
- Akaun Peribadi kemudian pilih tahun di ruangan Lihat Penyata bagi Tahun
- Klik Cari. Penyata bagi tahun yang dipilih itu akan dipaparkan.
- Di halaman yang sama di bahagian bawah, penyata ahli boleh dicetak atau dimuat turun.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran yang diberikan di bawah:
Kesimpulan Semakan Penyata KWSP Online Dengan i-Akaun
Kami berharap artikel kami kali ini dapat membantu meringankan urusan anda berkenaan dengan KWSP. Kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan.