Permohonan dan Semakan Bantuan Yapeim Online

Permohonan dan Semakan Bantuan Yapeim Online

Sebelum membuat Permohonan Dan Semakan Yapeim Dana Inspirasiku pihak kami ingin menerangkan serba sedikit mengenai dana ini. Merangkumi semakan permohonan yapeim 2020 dan sebagainya

APA ITU DANA YAPEIM (INSPIRASIKU) ?

Untuk pengetahuan anda, Dana Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaru pihak YaPEIM di bawah pembangunan Sosio ekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada lebih 40 Ribu pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi

Antara matlamat utama pemberian dana ini ialah:

  • Untuk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah sasaran kumpulan B40 untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Malaysia (IPT)
  • Menjadi pelengkap usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit
  • Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif
  • Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40

Permohonan Dana Yapeim Inspirasiku

Berikut kami kongsikan maklumat bagi cara membuat permohonan dana ini secara online serta syarat kelayakan dan senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian bermula Disember tahun 2019 manakala tarikh tutup 31 Januari 2020.

BACA JUGA :  Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN Nasional

Untuk permohonan dana Inspirasiku secara manual, borang permohonan boleh didapati di sini:

  • Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
  • Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
  • Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara
  • Memuat Turun Borang di media sosial rasmi dan laman sesawang YaPEIM “yapeim.my”

Setiap borang mesti disertakan senarai semak. Semua salinan dokumen perlulah mendapat pengesahan daripada pegawai A (Pegawai Kerajaan)/ Penghulu/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

Ibu bapa atau penjaga perlu mengisi borang Permohonan kategori pelajar sekolah. Manakala bagi permohonan bantuan Institut pengajian tinggi boleh diisi boleh pelajar itu sendiri. Dan yang menariknya mengenai bantuan ini, Adalah, ianya tidak dihadkan untuk seorang anak sahaja. Setiap keluarga boleh memohon lebih daripada 1 (satu) permohonan sekiranya setiap anak menepati kriteria dan syarat permohonan. Jika anda telah mendapat Dana Inspirasiku sebelum ini, anda masih boleh memohon untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya sekiranya anda masih layak.

Pengurusan Dokumen Permohonan YaPEIM

Dokumen yang telah lengkap diisi, mestilah dihantar melalui cara seperti berikut:

  1. Serahan tangan boleh di buat ke ibu pejabat YaPEIM
  2. Pos laju /ekspress ke ibu pejabat YaPEIM
  3. Emel ke alamat inspirasiku@yapeim.my
  4. Cawangan Ar Rahnu YaPEIM berdekatan
  5. Pejabat YaPEIM Negeri

Alamat Ibu Pejabat YaPEIM

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang di SINI

Syarat Permohonan Dan Dokumen Yang Diperlukan 

Antara syarat – syarat permohonan dana Yapeim:

  • Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

Antara dokumen diperlukan ketika mengisi permohonan dana ini ialah:

  •  salinan kad pengenalan pemohon
  •  salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
  •  surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
  •  salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  •  salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  •  salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan daripada pihak sekolah
  •  salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar
  •  salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian Tinggi
  • salinan penyata akaun bank penerima manfaat
BACA JUGA :  Permohonan MRSM 2021 Online Bagi Tingkatan 1 & 4

Semua dokumen hendaklah di buat dengan satu salinan.

Jika pemohon mempunyai soalan, Pemohon boleh menghubungi  +603 2717 2717 atau emelkan ke inspirasiku@yapeim.my

Semakan Permohonan Bantuan YaPEIM

Untuk semakan permohanan bantuan Yapeim, pihak kami akan mengemaskini maklumat ini kelak, dijangkakan semakan permohonan yapeim akan diperolehi pada bulan MAC tahun 2020. Atau anda boleh menyemak permohonan Yapeim di laman web rasmi Yapeim yang buat masa ini sedang di naiktaraf  untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik pada anda anda di masa hadapan di https://www.yapeim.net.my/

Semakan Permohonan Bantuan YaPEIM Fasa 1

Dari maklumat terkini yang kami perolehi dari Facebook Yapeim Official, semakan permohonan YaPEIM fasa 1, Boleh di buat di laman web utama Yapeim iaitu di http://eamal.yapeim.my/semakan/ bermula pada 16HB MAC 2020 untuk fasa 1 dan akan dikemaskini kelak untuk fasa seterusnya.

Semakan Permohonan Bantuan Yapeim Fasa 1

Soalan Lazim (FAQ)

[sc_fs_multi_faq headline-0=”h3″ question-0=”Siapakah yang layak membuat permohonan Inspirasiku?” answer-0=”Ibu/ bapa/ penjaga kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara” image-0=”” headline-1=”h3″ question-1=”Adakah satu keluarga hanya layak memohon satu permohonan?” answer-1=”Tidak, satu keluarga layak memohon untuk setiap anak yang memenuhi kriteria dan syarat bantuan.” image-1=”” headline-2=”h3″ question-2=”Berapakah jumlah bantuan Inspirasiku yang akan diberikan kepada setiap pelajar?” answer-2=”Pelajar sekolah akan menerima bantuan sehingga RM500.00 manakala bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima bantuan sehingga RM1,000.00 bergantung kepada kecukupan dana yang dikumpul. ” image-2=”” headline-3=”h3″ question-3=”Sekiranya bantuan pernah diterima, adakah permohonan kali kedua dan seterusnya boleh dibuat?” answer-3=”Boleh. Pemberian bantuan akan diberikan kepada pemohon yang layak berdasarkan permohonan yang dikemukakan dan permohonan boleh dibuat setiap kali pendaftaran sesi persekolahan rendah dan menengah. Manakala bagi IPT, permohonan adalah bagi setiap tahun pengajian. (Tertakluk kepada terma dan syarat).” image-3=”” headline-4=”h3″ question-4=”Bagaimanakah bantuan akan disalurkan?” answer-4=”Bantuan diagihkan secara serahan tunai atau pindahan akaun dan kaedah agihan akan dimaklumkan setelah permohonan diluluskan.” image-4=”” count=”5″ html=”true” css_class=””]

BACA JUGA :  Tarikh Bayaran BPN 2.0 Pada 26 Oktober 2020 & Semakan Status

Kesimpulan Semakan Permohonan YaPEIM

Kami berharap dengan maklumat Permohonan Dan Semakan Yapeim Dana Inspirasiku yang ringkas kami sampaikan ini, dapat membantu meringankan beban anda dalam memberikan yang terbaik untuk menyediakan keperluan anak-anak dalam menuju ke alam persekolahan dan juga Institut Pengajian Tinggi.

 

Leave a Comment