MySPR Semakan 2022.
Bagi mereka yang sudah daftar mengundi, anda boleh buat MySPR Semakan secara online melalui aplikasi MySemak
Melalui semakan ini anda boleh dapatkan maklumat pengundian Lokaliti, Daerah Mengundi, Dun, Parlimen dan banyak lagi.
Macam mana nak semak?
Semak Maklumat Pengundi, Senang je, teruskan membaca artikel kami hari ini MySPR Semakan 2022: Semak Maklumat Pengundian (Tempat Mengundi) sebagai rujukan anda.
Isi Kandungan
Apa Itu MySPR Semak?
Rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan maklumat pengundian mereka secara atas talian samada melalui portal rasmi SPR ataupun aplikasi MySPR Semak.
SPR memperkenalkan aplikasi telefon pintar ‘MySPR Semak’ ini bagi membantu pemilih menyemak maklumat penting berkaitan proses pilihan raya dengan lebih efektif dan efisien.
Aplikasi ini dibangunkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memudahkan orang ramai membuat semakan maklumat pengundian iaitu lokaliti, daerah mengundi, maklumat DUN, Parlimen, pusat mengundi serta saluran saluran mengundi bagi setiap pemilih.
Pemilih juga boleh mendapatkan maklumat calon-calon yang bertanding serta keputusan PRU melalui aplikasi ini.
Apa tunggu lagi?
Jom daftar!
MySPR Semakan 2022: Semak Maklumat Pengundian (Tempat Mengundi)
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
Untuk makluman anda, SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
PENDAFTARAN BARU
- Pendaftaran pemilih buat pertama kali.
PENDAFTARAN TUKAR BAHAGIAN PILIHANRAYA
- Permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.
CARA SEMAK DAFTAR PEMILIH (MAKLUMAT PENGUNDIAN) ONLINE
Bagi pemilih yang sudah mendaftar, dan ingin membuat semakan maklumat pengundian, anda boleh rujuk langkah-langkah di bawah:
- Pemilih boleh terus layari PORTAL SEMAKAN SPR
- Klik pada ‘Semakan Daftar Pemilih’
- Masukkan nombor kad pengenalan anda berserta Captcha kemudian klik ‘Semak’
- Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci seperti gambar di bawah.
- Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
NOTA:
Anda juga boleh membuat semakan secara manual melalui saluran berikut:
- Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau
- Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
TUNTUTAN
- Mulai 14 Januari sehingga 13 Julai 2022, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas sehingga 31 Disember 2021 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi yang mendapati namanya TIADA dalam DPT BLN12/2021 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN12/2021 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- TUNTUTAN boleh dikemukakan secara online di;
- Portal Rasmi SPR ATAU
- Hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja.
- NOTA: Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
BANTAHAN
- Mulai 14 Januari sehingga 13 Julai 2022, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan ingin membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
- Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
- Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.
CARA TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI
Bagi pemilih yang ingin mengemaskini alamat tempat mengundi baru mereka, pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.
Kesimpulan MySPR Semakan 2022
Laksanakan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia dan daftarkan diri sebagai pemilih bagi pilihanraya yang mendatang.
Pilihan yang terbaik untuk kesejahteraan negara dan rakyat.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
Semak Maklumat Pengundi.
TERIMA KASIH