Semakan Bil Air Selangor.
Warga Selangor khususnya kini boleh membuat semakan dan pembayaran bil air mereka secara online secara terus ke laman web rasmi Air Selangor.
Pengguna cuma perlu mendaftar dan log masuk untuk membuat semakan dan pembayaran bil air mereka secara online. Semak bil air online.
Bagaimana?
Thesumber membawakan anda panduan dengan artikel kami hari ini Semakan Bil Air Selangor Secara Online: Cara Daftar & Bayar Bil Air. Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Semakan Bil Air Selangor Secara Online: Cara Daftar & Bayar Bil Air
Untuk makluman anda, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air yang melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan bekalan air secara holistik kepada pengguna-pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Nama lama bagi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Jangan keliru ye.
CARA DAFTAR SEMAKAN BIL AIR SELANGOR ONLINE
2 kaedah untuk anda mendaftar sebagai pengguna baharu di Laman Rasmi Air Selangor adalah seperti berikut:
DAFTAR MELALUI APLIKASI AIR SELANGOR
Anda perlu muat turun aplikasi Air Selangor di Google Playstore atau App Store terlebih dahulu.
- Baca semua terma dan syarat yang dipaparkan kemudian klik ‘I Agree’
- Isi butiran-butiran yang diminta di bawah dengan lengkap:
- Full Name: Masukkan nama penuh anda
- Email Address: Masukkan alamat emel
- Mobile Phone Number: Masukkan nombor handphone
- IC/Police/Military/Passport.Company Reg No: Masukkan nombor kad pengenalan
- Password: Cipta kata laluan baharu anda. Contohnya: ABC@123efg
- Klik Sign Up
- Selesai sign up, masukkan ‘Kod Pengesahan’ yang diterima melalui telefon bimbit anda.
DAFTAR MELALUI LAMAN WEB AIR SELANGOR
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI AIR SELANGOR
- Kemudian klik pada ‘Sign Up‘ dan ambil perhatian pada beberapa ruangan yang perlu diisi seperti di bawah:
- Full Name: masukkan nama penuh anda, sama seperti yang terdapat pada kad pengenalan baru (MyKad) anda.
- Email Addres: Masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
- Mobile Phone Number: Terdapat dua ruangan untuk diisikan. Pertama sekali, di sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya kod negara ialah Malaysia, pilih +60. Kemudian, pada ruangan kedua, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
- IC/Police/Military/Passport/Company Reg No: Masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.
- Password: Masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara dan alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol)
- Klik ‘Register’ kemudian klik ‘Sign Up‘
- Anda akan menerima SMS ke telefon bimbit anda yang mengandungi kod 6 digit.
- Masukkan kod tersebut dalam ruangan ‘Profile Verification yang tertera’ dan klik ‘Confirm’ sekiranya tiada SMS yang diterima, ‘Didn’t receive any SMS? Resend’
- Dah selesai! Pendaftaran anda berjaya.
CARA BAYAR BIL AIR SELANGOR SECARA ONLINE
Dah selesai mendaftar? Jom lihat cara selesaikan bil air anda secara online:
- Log masuk ke: PORTAL RASMI AIR SELANGOR
- Pada bahagian kiri ‘Dashboard’ klik pada ‘Bil & Pembayaran’
- Jika anda mempunyai dua lokasi/alamat atau lebih, pastikan anda memilih lokasi/alamat yang ingin di bayar
- Contohnya, jika pilih untuk bayarkan bil air untuk ibu bapa di kampung, sila pilih alamat kampung
- Kemudian klik ‘Bayar’ dan isikan jumlah yang ingin dibayar di ruangan ‘Jumlah Yang Dibayar’
- Masukkan email untuk terima resit di ruangan ‘Resit Dihantar Kepada’
- Kemudian pilih bank klik ‘Teruskan’
- Sila ikuti arahan dari bank untuk meneruskan proses pembayaran
Okay dah siap bayar! Mudah bukan? Semak bil air online selangor
Maklumat Lanjut Semak Bil Air Selangor
Sebarang pertanyaan mengenai semakan, bayaran, pendaftaran bil Air Selangor secara online anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:
- Perkhidmatan Pelanggan: 15300
- Email: [email protected]
Selamat maju jaya kami ucapkan. Cara semak bil air online, semak bil air online
TERIMA KASIH