Semakan Pendaftaran Undi Automatik (SPPA) SPR Online

Semakan Pendaftaran Undi Automatik (SPPA) SPR Online

Semakan Pendaftaran Undi Automatik. 

Makluman untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pemilih, anda kini boleh membuat semakan pengesahan maklumat secara online untuk Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA).

Bagaimana?

Anda masih keliru?

Thesumber dengan artikel kami hari ini Semakan Pendaftaran Undi Automatik (SPPA) SPR Online sebagai rujukan anda untuk informasi lebih lanjut.

Jom teruskan bersama kami.

Apa Itu Semakan Pra-Pendaftaran Undi Automatik (SPPA)?

SPPA dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan bakal pemilih menyemak dan mengesahkan maklumat mereka sebelum mereka didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Ini adalah untuk memastikan setiap nama yang bakal didaftar sebagai pemilih wujud dan tidak tercicir terutamanya apabila mereka ingin membuang undi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ianya bagi membolehkan bakal pemilih menyemak dan mengesahkan maklumat mereka sebelum mereka didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Dianggarkan seramai 5.8 juta bakal pemilih yang berumur 18 tahun dan ke atas akan menyertai pelaksanaan SPPA ini.

Semakan Pendaftaran Undi Automatik (SPPA) SPR Online

KEMASKINI ALAMAT PEMILIH

Pengguna perlu mengemaskini butiran yang diminta sebelum nama akan didaftarkan secara automatik.

Hal ini kerana tempat mengundi seseorang individu itu di tentukan melalui alamat yang tertera di Kad Pengenalan mereka.

Proses kemaskini ini dilakukan untuk mengelakkan masalah tempat mengundi kerana individu terbabit tidak lagi menetap di alamat yang ada IC.

Pengemaskinian alamat perlu dilakukan selewat-lewatnya 31 Oktober 2021 di Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran.

BACA JUGA :  Housing Loan Interest Rate

SEMAKAN MELALUI MySPR ONLINE

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memudahkan proses semakan anda:

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI MySPR SPPA
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan jawab kod captcha yang diberi dengan betul
  3. Klik ‘Semak’ dan status semakan anda akan dipaparkan.

Semakan Pendaftaran Undi Automatik (SPPA) SPR Online

SEMAKAN SECARA MANUAL DI LOKASI TERPILIH

Selain dari semakan melalui portal rasmi MySPR, anda boleh buat semakan ‘walk-in’ di lokasi yang terpilih seperti di bawah:

  1. Ibu pejabat SPR/Ibu Pejabat SPR Negeri.
  2. Pejabat Pos.
  3. Kompleks/Pejabat Kerajaan.
  4. Pejabat Daerah/Pejabat Tanah.
  5. Majlis Daerah/Perbandaran.
  6. Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Pejabat Penghulu/Dewan.
  7. Tempat-tempat lain.

Anda hanya perlu mengimbas Kod QR yang telah disediakan bagi membuat semakan.

Maklumat Lanjut Semakan Pendaftaran Undi Automatik

Semakan Pendaftaran Undi Automatik (SPPA) SPR Online

Sebarang pertanyaan mengenai pra-pendaftaran undi automatik ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Jom kita sama-sama jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia daftar mengundi dan membuat pilihan yang terbaik demi masa depan negara yang lebih cerah.

Selamat maju jaya kami ucapkan. pendaftaran mengundi , Pendaftaran Undi Automatik

TERIMA KASIH

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com