BKSS Semakan Online 2020 Bantuan Khas Sarawakku Sayang

BKSS Semakan Online 2020 Bantuan Khas Sarawakku Sayang

BKSS Semakan Online 2020.

Rakyat Sarawak yang membuat permohonan BKSS kini boleh membuat semakan status permohonan mereka! Pembayaran bantuan ini juga akan bermula pada bulan Julai 2020.

Anda berminat?

TheSumber dengan artikel BKSS Semakan Online 2020 Bantuan Khas Sarawakku Sayang memberikan panduan khas yang mudah dan lengkap.

Jom baca!

BKSS Semakan Online 2020

Berikut kami kongsikan maklumat mengenai kelulusan permohonan, BKSS semakan status, etc:

MAKLUMAN KELULUSAN PERMOHONAN BKSS

KELULUSAN ISI RUMAH

28,372 rayuan isi rumah B40 telah pun diluluskan.

Unit Perancangan Ekonomi Negeri memaklumkan baru-baru ini bahawa jumlah tersebut merangkumi 28,372 rayuan Isi Rumah B40 yang diluluskan melalui Pejabat Daerah dan sistem dalam talian.

78,123 Isi Rumah B40 akan dibayar pada akhir bulan ini dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM117.18 juta.

KELULUSAN BUJANG

Untuk makluman anda, 270,863 penerima B40 Bujang masih belum menerima pembayaran bagi Insentif BKSS untuk orang bujang Sarawak yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

Angka ini juga merangkumi 127,819 rayuan B40 Bujang yang diluluskan melalui Pejabat Daerah dan sistem dalam talian.

Sebanyak 270,863 B40 bujang akan dibayar pada akhir Julai dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM135.43 juta.

CARA SEMAK BKSS STATUS KELULUSAN ONLINE

  1. Anda perlu melayari laman web rasmi BKSS: SARAWAK.GOV -BKSS SEMAK
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda dan pastikan anda tidak memasukkan sempang (-) atau dash. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan 770101-13-4456, masukkan sahaja 770101134456
  3. Tekan pada butang ‘Submit’
  4. Anda akan dapat melihat paparan ‘status kelulusan permohonan anda’
BACA JUGA :  Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO [Semakan Online]

BKSS Semakan Status Online

NOTA:

BAYARAN LAMBAT

Penerima yang layak mendapat BKSS akan menerima pembayaran pada akhir bulan Julai.

Hal ini kerana maklumat permohonan perlu disemak berdasarkan senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikemas kini tetapi belum menerima pembayaran.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN BKSS

Berikut ialah jadual dan tarikh pembayaran BKSS sehingga September 2020.

  • Bayaran pertama: 15 April 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran kedua: 15 Mei 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran ketiga: 15 Jun 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran keempat: 15 Julai 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran kelima: 15 Ogos 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran keenam: 15 September 2020 sebanyak RM250

NOTA:

Anda dinasihatkan untuk buat semakan pembayaran BKSS dengan melihat baki dalam akaun.

Maklumat Lanjut BKSS Semakan Online 2020

Sebarang pertanyaan mengenai semakan status permohonan BKSS ini anda boleh hubungi:

  • Nombor telefon: 082-555 999
  • Email: 555999@sarawak.gov.my

Kesimpulan

TheSumber berharap artikel ini dapat membantu anda membuat semakan BKSS dengan mudah. Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

AD