Borang Permohonan Online IKM KKTM & MJII 2020

Borang Permohonan Online IKM KKTM & MJII 2020

Borang Permohonan Online IKM KKTM & MJII 2020?

TheSumber hari ini ingin berkongsi panduan permohonan untuk kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf Sesi Mei & Julai 2020 serta Januari 2021.

Segala maklumat yang anda perlukan ada di Borang Permohonan Online IKM KKTM & MJII 2020

Mengenali Institusi Pendidikan MARA (IKM) (KKTM) & (MJII) 

Salah satu daripada Institusi Pendidikan MARA adalah:

  1. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. MARA-Japan Industrial Institute (MJII)

Matlamat penubuhan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) ini adalah untuk memberi peluang kepada belia bumiputra dengan memberi latihan dan pendidikan bagi melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi untuk diserap masuk ke dalam industri zaman kini.

IKM, KKTM dan MJII telah dibina di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan matlamat ini tercapai.

Semua institusi pendidikan MARA telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala kemudahan dan kelengkapan untuk pelajar telah disediakan bagi memastikan keselesaan pelajar. Di IKM, mereka menawarkan pengajian di peringkat sijil manakala KKTM pula menawarkan pendidikan di peringkat diploma.

BACA JUGA :  Semakan Kelayakan iCitra KWSP: Pengeluaran KWSP RM5000

Bagi pelajar yang berkelayakan anda akan ditawarkan dengan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga pelajar.

Borang Permohonan Online IKM KKTM & MJII 2020

 

Borang Permohonan Online IKM KKTM & MJII 2020

Berikut kami kongsikan pada anda syarat-syarat permohonan, tarikh permohonan, cara-cara permohonan dan segala maklumat tambahan lain yang anda perlukan:

PERMOHONAN MELALUI SPUPIM ONLINE

Jika terdapat sebarang perubahan akan dikemaskini semula. Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :

Pengambilan Sesi Mei

Semua KKTM dan IKM kecuali MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledang dan KKTM Kuantan:

  • Tarikh Buka : 27 Februari 2020
  • Tarikh Tutup : 22 April 2020

Pengambilan Sesi Oktober 2020

MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledang dan KKTM Kuantan sahaja:

  • Tarikh Buka : akan dikemaskini
  • Tarikh Tutup : akan dikemaskini

Pengambilan Sesi Januari 2021

Semua KKTM dan IKM kecuali MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledangdan KKTM Kuantan:

  • Tarikh Buka : akan dikemaskini
  • Tarikh Tutup : akan dikemaskini

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Kemasukan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara online di laman web Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Online, di pautan yang kami sediakan di bawah:

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa)

  1. Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari pautan di atas
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan bagi yang sudah mendaftar
  3. Untuk pengguna baru, sila buat pendaftaran dahulu dengan menekan butang ‘pengguna baru’
  4. Tiada pembelian no pin dikenakan untuk ambilan Oktober 2019 dan Januari 2020

PERMOHONAN UPU ONLINE (Hanya untuk sesi Julai)

BACA JUGA :  Daftar i-Akaun KWSP Online Dengan Mudah

NOTA PENTING PERMOHONAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA

  1. Penawaran pengambilan dibuat dua (3) kali setahun iaitu JANUARI, JULAI dan OKTOBER
  2. Terdapat pengambilan baharu pada sesi Oktober iaitu untuk kemasukan ke MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Kuantan dan KKTM Ledang
  3. Permohonan kemasukan dibuat secara ONLINE:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN IKM KKTM & MJII 

KELAYAKAN AM PROGRAM SIJIL

IKM menawarkan pengajian peringkat sijil. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:

  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2013 dan ke atas wajib lulus subjek Sejarah
  • Tidak buta warna
  • Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
  • Berumur 18-40 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputra

KELAYAKAN AM DIPLOMA

KKTM menawarkan pengajian peringkat diploma. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:

  • Lulus SPM atau setara atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
  • Tidak buta warna
  • Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
  • Berumur 18-40 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputra

*Untuk maklumat mengenai syarat & kelayakan kemasukan ke KPM, KKTM, IKM & MJII, panduan permohonan, maklumat tentang program yang ditawarkan, serta soalan lazim, sila layari laman web Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) di pautan yang kami sediakan di bawah:

Laman Web Rasmi TVETMARA

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini anda boleh hubungi:

  • Alamat: Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Ibu Pejabat MARA, Jalan
    Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
  • Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
  • Fax:03-26914510
BACA JUGA :  Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online

Kesimpulan

Semoga perkongsian kami kali ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar lepasan SPM khususnya yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat menara gading. Selamat maju jaya kami ucapkan!

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain. Permohonan ikm online

TERIMA KASIH

Leave a Comment

FRIENDLY · LAGOS · TOOL