Permohonan Rumah Selangorku 2021 Secara Online

Permohonan Rumah Selangorku 2021 Secara Online

Permohonan Rumah Selangorku 2021.

Zaman serba canggih dengan teknologi semua orang mampu memiliki telefon bimbit tetapi persoalannya disini mampukah anda memiliki rumah sendiri?

Isu ini adalah isu yang sentiasa menjadi titik panas dalam perdebatan dimana pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum kita boleh mengutarakan solusi yang terbaik.

Berkaitan dengan isu di atas, kerajaan Negeri Selangor melaksanakan satu inisiatif ‘Rumah Selangorku’ untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri dengan harga bermula serendah RM42,000.

Artikel kami hari ini Permohonan Rumah Selangorku 2021 Secara Online sebagai panduan mereka yang berminat untuk membuat permohonan dan memahami proses secara keseluruhan.

Jom baca!

Permohonan Rumah Selangorku 2021: Rumah Mampu Milik Bermula RM42,000

Anda berpeluang untuk memiliki rumah sendiri dengan harga serendah RM42,000.

Bagaimana?

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan, cara permohonan etc untuk rujukan anda:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU 2021

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohonan mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  2. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  3. Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  4. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C,atau D semasa membuat permohonan:
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan
  • Pendapatan isi rumah SUAMI DAN ISTERI tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
  • Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
Read Also :  Permohonan Online Bantuan Musaadah Khaira PPZ 

NOTA:

Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.

Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih ‘SENARAI MENUNGGU’ akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku

CARA DAFTAR PENGGUNA BARU DI PORTAL LPHS

Sebelum terus membuat permohonan anda perlu mendaftar dahulu (bagi pengguna baharu) di portal rasmi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Ikuti langkah-langkah pendaftaran di bawah:

  1. Anda perlu layari: LAMAN WEB eHARTANAH LPHS
  2. Klik ‘DAFTAR PENGGUNA BARU’ dan sila baca notis permohonan dan garis panduan yang dipaparkan terlebih dahulu.
  3. Lengkapkan pra-pendaftaran dan isi maklumat asas peribadi dengan lengkap. Maklumat peribadi anda seperti nombor kad pengenalan,email dan nombor telefon adalah butiran penting semasa membuat pendaftaran.
  4. Semak status kelayakan permohonan anda berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan.
  5. Kemudian, klik pada ‘SAYA LAYAK’
  6. Sila pilih pendapatan isi rumah pemohon sama ada RM3,000.00 dan ke bawah atau RM3,001.00 dan ke atas.
  7. Cipta kata laluan pemohon untuk log masuk nanti.
  8. Klik ‘DAFTAR’ dan proses pendaftaran Rumah Selangorku anda pun selesai.

CARA PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU 2021 ONLINE

Dah daftardan pass semua syarat permohonan di atas?

Ikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Log masuk ke LAMAN WEB eHARTANAH LPHS.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dicipta sewaktu pendaftaran.
  3. Klik ‘MOHON’ dan anda akan dipaparkan halaman ‘BORANG PERMOHONAN’
  4. Pemohon boleh memilih daerah dan mukim bagi memilih jenis hartanah dan projek yang berdaftar.
  5. Sila lengkapkan maklumat peribadi seperti maklumat pasangan jika telah berkahwin.
  6. Seterusnya sila muat naik salinan kad pengenalan dan slip gaji anda dan pasangan. (Pastikan dokumen yang dimuat naik boleh dibaca dan jelas)
  7. Sila baca  dahulu terma dan syarat pengakuan.
  8. Klik ‘HANTAR’
Read Also :  Borang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020

NOTA:

Anda boleh melihat SENARAI PROJEK RUMAH SELANGORKU di PORTAL eHARTANAH LPHS

Contoh Projek Rumah Selangorku adalah seperti berikut:

Permohonan Rumah Selangorku 2021 Secara Online

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Untuk makluman anda, proses pemilihan Rumah adalah berdasarkan sistem merit.

Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.

Pemohon dalam status ‘SENARAI MENUNGGU’ bermaksud pemohon dalam proses Pra-Tawar namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada boleh ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon.

Kebiasaanya, pendaftaran permohonan yang direkod dalam sistem di LPHS melebihi daripada jumlah stok unit yang boleh ditawarkan kepada pemohon dan perlu menunggu sehingga terdapat kekosongan unit.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak LPHS di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

7 reasons to add podcasting to your business marketing mix. 2 : 연차 수당 계산 방법.