Borang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020

Borang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020

Borang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh.

Anda merupakan pekebun kecil getah yang terjejas dari segi ekonomi akibat musim tengkujuh?

Thsumber menyediakan anda artikel Borang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020 sebagai panduan khas buat pekebun kecil getah yang memerlukan.

Segala maklumat yang anda perlukan ada disini.

Jom baca!

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah khas untuk pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah.

Golongan penoreh getah terutamanya sebelum ini yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan kini mampu tersenyum gembira dengan langkah baru yang diambil kerajaan untuk membantu golongan pekebun kecil getah ini daripada musim tengkujuh (pengeluaran susu getah terjejas ketika musim tengkujuh) dan juga turun naik harga getah yang tidak menentu.

MAKSUD PEKEBUN KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN RISDA

Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA.

Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.

Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) atau BMT (Penoreh) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu :

  • Lembaga Getah Malaysia (LGM),
  • Jabatan Pertanian Sarawak (JPS),
  • Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • FELDA
  • FELCRA
  • KESEDAR
  • KETENGAH
  • lain-lain sumber Agensi/Jabatan.
BACA JUGA :  Cara Mohon Bantuan Modal Inisiatif Belia Berniaga RM15,000

PEKEBUN KECIL GETAH PEMILIK PENGUSAHA

  • Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

PEMILIK TANAH YANG SAH

  • Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

  • Tarikh buka permohonan: 1 September 2020
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2020

JUMLAH BANTUAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Pekebun kecil dan penoreh bukan pemilik yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM600 yang akan dibayar dua kali (RM300 x 2) iaitu pada bulan Disember 2020 dan Januari 2021 tertakluk kepada kelulusan permohonan.Borang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020Borang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020

Berikut kami sediakan maklumat-maklumat lanjut buat rujukan anda:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BMT 2020

Anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu sebelum membuat permohonan ini:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  3. Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar. Maksudnya, jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.
  4. Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  5. 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
  6. Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  7. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

NOTA:

BACA JUGA :  Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP

Tiada permohonan secara atas talian/online disediakan untuk bantuan ini. Anda perlu ke pejabat RISDA yang berdekatan untuk membuat permohonan.

Semua Pekebun Kecil dan Penoreh Bukan Pemilik yang ingin mendapatkan bantuan ini perlu melengkapkan borang yang boleh didapati di Pejabat RISDA Daerah atau Pejabat RISDA Stesen yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Risda Daerah dan Stesen-Stesen Risda.

Permohonan ini terbahagi kepada dua katgoeri seperti di bawah:

PEMILIK PENGUSAHA

Untuk Pemohon Pemilik Pengusaha anda perlu melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
  • Geran asal tanah dan salinan; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

PENOREH BUKAN PEMILIK

Untuk Penoreh Bukan Pemilik anda perlu melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
  • Salinan geran lot yang ditoreh; dan
  • Salinan Kad PAT-G; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2020

Berikut ialah cara untuk semak samada lulus atau tidak permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)  ini:

  • Layari laman web rasmi RISDA di sini: http://webapp3.risda.gov.my
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  • Tekan butang Semak
  • Lihat status permohonan bantuan

Kesimpulan

Semoga artikel ini dapat membantu pekebun kecil yang benar-benar memerlukan bantuan dalam musim tengkujuh ini. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

TERIMA KASIH