Semakan Bantuan JKM 2021 & Tarikh Pembayaran Bantuan

Semakan Bantuan JKM 2021 & Tarikh Pembayaran Bantuan

Semakan Bantuan JKM 2021.

Perhatian kepada mereka yang membuat permohonan bantuan JKM 2021, anda kini boleh membuat semakan status permohonan dan juga tarikh pembayaran bantuan JKM 2021.

Bagaimana?

Teruskan dengan artikel Thesumber hari ini Semakan Bantuan JKM 2021 & Tarikh Pembayaran Bantuan sebagai rujukan anda. Semuanya ada disini.

Jom baca!

Semakan Bantuan JKM 2021 & Tarikh Pembayaran Bantuan

JENIS-JENIS BANTUAN DI BAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Berikut adalah contoh jenis bantuan bulanan JKM yang diterima setiap bulan:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN JKM 2021

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.

Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN JKM 2021

Semakan Bantuan JKM 2021

CARA PERMOHONAN BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

  1. Layari laman web rasmi: eBantuan JKM
  2. Klik ‘Daftar Permohonan’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan anda.
  4. Setelah selesai, klik ‘Daftar’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan (seperti dalam senarai di bawah)
BACA JUGA :  Semakan Penyata Gaji Online Dengan Mudah

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

NOTA:

Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM 2021

Untuk makluman, pemohon perlu mendaftarkan diri secara online terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat dengan anda.

  1. Pemohon perlu muat turun borang-borang permohonan di bawah dan isi dengan lengkap semua butiran yang diminta:

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut Semakan Bantuan JKM 2021

Sebarang pertanyaan mengenai semakan bantuan JKM ini anda boleh terus hubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di saluran berikut:

  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat,Aras 6, 9-18,No 55, Persiaran Perdana,Presint 4,62100 Putrajaya
  2. No Tel: 03-8000 8000

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang memerlukan untuk rujukan bersama.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

BACA JUGA :  Semakan Pinjaman LPPSA 2021: Status Permohonan Online