Permohonan Rumah Perakku 2021 Online Mampu Milik RM70,000

Permohonan Rumah Perakku 2021 Online Mampu Milik RM70,000

Permohonan Rumah Perakku 2021.

Bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan muda yang sedang mencuba memiliki rumah sendiri kerajaan negeri Perak melaksanakan satu inisiatif yang dikenali Rumah Perakku.

Kita sedia maklum keadaan ekonomi masa kini menyulitkan lagi situasi sekaligus menjadikan impian untuk memiliki rumah sendiri itu hanya angan-angan.

Oleh itu, rakyat negeri Perak khususnya dialu-alukan untuk membuat permohonan Rumah Perakku ini.

Bagaimana?

Artikel Thesumber sekali lagi kami bawakan Permohonan Rumah Perakku 2021 Online Mampu Milik RM70,000 untuk menjadikan impian anda menjadi kenyataan dan membantu memudahkan urusan anda membuat permohonan.

Semua maklumat yang anda perlukan ada disini.

Jom baca!

Apa Itu Rumah Perakku Online?

Permohonan Rumah Perakku Online

Untuk makluman anda, Rumah Perakku adalah projek perumahan yang dibangun dan dikawal selia oleh LPHP untuk rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

  • Rumah Kos Rendah ditawarkan bermula pada harga RM70,000 di kawasan daerah dan RM90,000 di kawasan bandar.
  • Rumah Kos Sederhana ditawarkan bermula harga RM150,00 di kawasan daerah dan RM180,00 di kawasan bandar.
  • Rumah Mampu Milik dijual dengan harga RM250,000 ke bawah.

Permohonan Rumah Perakku 2021 Online Mampu Milik RM70,000

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH PERAKKU

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon yang BELUM MEMILIKI rumah sahaja layak memohon.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
  5. Pendapatan terbuka : Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000
BACA JUGA :  Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (plks)

CARA PERMOHONAN RUMAH PERAKKU 2021 ONLINE

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat di atas anda boleh terus membuat permohonan secara online seperti cara di bawah:

  1. Layari: PENDAFTARAN BARU RUMAH PERAKKU ONLINE
  2. Isi kesemua maklumat dengan lengkap dan betul.

Berikut adalah senarai dokumen yang anda perlukan untuk pendaftaran:

  1. Salinan kad pengenalan terbaru pemohon dan isteri/ suami.
  2. Salinan sijil nikah/ daftar perkahwinan.
  3. Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
  4. Salinan sijil kematian/ penceraian sekiranya pemohon berstatus Balu/Duda/Janda.
  5. Salinan slip gaji terkini bagi tiga (3) bulan berturut-turut dan penyata Kumpulan Wangs Simpanan Pekerja (KWSP) pemohon dan isteri/ suami.
  6. Salinan surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
  7. Surat pengesahan dan Perakuan Pendapatan Bulanan pemohon dan isteri/ suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  8. Sekeping gambar warna berukuran pasport (terbaru).

NOTA:

  • Setiap permohonan perlu dikemaskini setiap 2 tahun sekali, jika anda gagal mengemaskini permohonan akan ditolak/tidak dipanggil temuduga jika terpilih.
  • Sila bawa dokumen ASAL dan dokumen-dokumen SOKONGAN semasa proses temuduga nanti.
  • Paparan borang Pendaftaran Perumahan lebih sesuai mengunakan komputer bukan telefon pintar.

HARGA RUMAH PERAKKU MENGIKUT KATEGORI

Rumah Kos Rendah

  • Zon A – RM90,000 ke bawah
  • Zon B – RM70,000 ke bawah

Rumah Kos Sederhana

  • Zon A – RM90,001 – RM180,000
  • Zon B – RM70,001 – RM140,000

Rumah Perakku Mesra Milik

  • Zon A – RM180,001 – RM250,000
  • Zon B – RM140,001 – RM240,000 .

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat mengenai permohonan Rumah Perakku ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:

  • Laman web: Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) 
  • Alamat: Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
  • No Tel : 05-209 5000
  • No Fax : 05-253 0001
BACA JUGA :  Permohonan Pembiayaan Peduli Siswa Selangor 2020 Online

Semoga perkongsian kami hari memudahkan urusan anda dan mereka yang berminat untuk memiliki rumah idaman sendiri dengan harga mampu milik.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
Does camera equipment insurance cover international travel ?.