Cara Login eGUMIS Online.
Seperti yang diketahui umum anda bboleh membuat semakan dan permohonan wang tidak dituntut dengan menghadirkan diri dimana-mana pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Bagi memudahkan lagi urusan pengguna, JANM selaku pendaftar Wang Tidak Dituntut (WTD) menyediakan perkhidmatan atas talian atau online melalui sistem eGUMIS untuk anda membuat semakan wang tidak dituntut ini.
Artikel kami hari ini Cara Login eGUMIS Online 2021: Semakan Wang Tidak Dituntut adalah buat panduan pihak yang berminat untuk membuat semakan WTD. Kami sertakan semua maklumat yang anda perlukan disini.
Jom teruskan bersama kami.
Isi Kandungan
Apa Itu Wang Tidak Dituntut (WTD)?
Untuk makluman anda, wang tak dituntut atau WTD merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.
Tuntutan boleh dibuat di JANM ataupun online melibatkan dua proses iaitu:
- Membuat semakan WTD untuk mengetahui samada anda mempunyai WTD atau tidak.
- Membuat permohonan tuntutan WTD sekiranya anda mempunyai rekod WTD.
Anda boleh membuat tuntuan ini pada bila-bila masa sahaja. Tiada tempoh tamat yang diberikan. Perkhidmatan semakan WTD ini juga diberikan secara percuma.
Contoh-contoh Wang Tidak Dituntut (WTD) adalah seperti berikut:
- gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan; dividen;
- keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
- pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
- Wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD seperti:
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Cara Login eGUMIS Online 2021: Semakan Wang Tidak Dituntut
Sebelum membuat semakan wang tidak dituntut (WTD) anda perlu mendaftar dan login terlebih dahulu di portal eGUMIS seperti berikut:
CARA DAFTAR DAN LOGIN eGUMIS ONLINE
- Anda perlu layari: PORTAL RASMI eGUMIS JANM
- Klik pada ‘Pendaftaran’ di bahagian atas kanan skrin anda.
- Isi kesemua butiran peribadi yang diminta dengan lengkap dan betul.
- Cipta ‘Nama Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’ baru untuk sistem eGUMIS.
- Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang anda daftarkan. Selepas itu, Kemaskini maklumat yang diminta sebelum anda boleh terus menggunakan sistem eGUMIS.
- Anda dikehendaki untuk klik pada ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT’. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik ‘Cari’
- Senarai wang yang dituntut akan dipaparkan (sekiranya ada) dan anda boleh mula membuat permohonan tuntutan WTD.
NOTA:
Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.
BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN WTD 2021
Seksyen 13(1), Akta WTD 1965 menyatakan:
Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
PIHAK YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN TUNTUTAN
- Empunya/pemilik WTD sendiri;
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
- pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
- Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap
- Pemohon boleh rujuk GARIS PANDUAN PERMOHONAN TUNTUTAN WTD sebagai panduan.
- Pemohon juga boleh MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN & DOKUMEN WANG TIDAK DITUNTUT untuk memudahkan proses tuntutan anda.
Maklumat Lanjut Cara Login eGUMIS Online
Sebarang pertanyaan mengenai sistem eGUMIS atau semakan WTD anda boleh terus hubungi pihak ANM di PORTAL RASMI ANM.
Kongsikan manfaat artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Pastikan anda berhati-hati dengan taktik scam yang menyamar menjadi pihak ketiga Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut menawarkan diri untuk membuat semakan WTD anda.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH