Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM Terkini?
Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pemberian Dana Rumah Mampu Milik dari Bank Negara Malaysia?
Biar betul? Apa proses yang perlu dilalui? Berapa jumlah pemberian dana yang diberikan?
Untuk menjawab semua persoalan anda di atas, TheSumber sediakan artikel Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM Terkini untuk panduan lengkap anda.
Jom baca!
Isi Kandungan
Pemberian Dana Pemilikan Rumah Pertama (BNM)
Bantuan yang dikenali sebagai Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) ini dikhususkan khas bagi golongan berpendapatan rendah.
Dana ini akan membantu pembeli rumah yang layak untuk mendapatkan pembiayaan sama ada secara konvensional atau Islamik pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian. Antara institusi kewangan yang mengambil bahagian adalah Ambank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.
Pengumuman yang dibuat melalui Belanjawan 2019 atau Bajet 2019 ini memperuntukkan dana keseluruhan berjumlah RM 1 billion. Dana ini tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga habis digunakan kesuluruhan jumlahnya.
Sehubungan dengan itu kerajaan memperkenalkan modul pendidikan kewangan yang padat dan mudah difahami bagi membantu pemohon atau pembeli rumah pertama ini. Modul yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ini boleh membantu para pembeli rumah untuk menilai kemampuan atau kedudukan kewangan mereka bagi memiliki rumah.
Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM Terkini
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Individu yang memohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berpendapatan maksimum sebanyak RM2,300 sebulan bagi seisi rumah (dinaikkan kepada RM4,360 mulai 1 September 2019)
- Kadar pembiayaan maksimum adalah 3.5% setahun
- Pemohon mestilah pekerja makan gaji ataupun bekerja sendiri
- Pemohon terdiri daripada peminjam tunggal atau peminjam bersama (kedua-dua mestilah warganegara Malaysia, status penduduk tetap tidak layak)
- Pemohon tidak mempunyai sebarang rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN DANA RUMAH MAMPU MILIK
LANGKAH 1:
Pemohon wajib melengkapkan modul pendidikan kewangan mandatori secara online yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Berikut kami sediakan pautan untuk anda lengkapkan modul pendidikan kewangan:
Modul Pendidikan Kewangan AKPK
*NOTA: Modul ini akan membantu bakal peminjam untuk lebih memahami komitmen kewangan mereka sebelum membeli rumah
LANGKAH 2:
Setelah selesai proses di atas, anda sebagai pemohon perlu hubungi atau hadir ke salah satu daripada institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam dana ini seperti di bawah untuk proses lanjut:
- AmBank (M) Berhad (AmBank)
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- CIMB Bank Berhad (CIMB)
- Malayan Banking Berhad (Maybank)
- RHB Bank Berhad (RHB
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh Mula: 2 Januari 2019
Tarikh Tamat: Sehingga habis jumlah keseluruhan dana
*NOTA: Dana ini akan tersedia selama dua tahun bermula 2 Januari 2019 atau sehingga habis keseluruhan jumlah RM1 Bilion digunakan.
CIRI-CIRI UTAMA DANA RUMAH MAMPU MILIK BNM
Harga Harta Tanah
- Harga harta tanah adalah terhad sehingga RM150,000 sahaja (dinaikkan kepada RM300,000 mulai 1 September 2019)
Jenis Harta Tanah
- Terhad kepada harta tanah rumah kediaman di pasaran utama sahaja (Rumah baharu yang dijual daripada pemaju termasuklah rumah yang sedang dalam pembinaan)
Margin Pembiayaan
- Margin pembiayaan dibenarkan meliputi pembayaran bagi wang pendahuluan serta jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun (yang mana lebih rendah)
Moratorium penjualan harta tanah
- 5 Tahun
Maklumat Lanjut
Pemohon yang berminat boleh merujuk soalan lazim yang disediakan di bawah atau menghubungi pusat talian institusi kewangan yang mengambil bahagian seperti tertera berikut:
- BNMTELELINK: 1-300-88-5465
- Bank Simpanan Nasional (BSN): 1-300 88 1900
- Malayan Banking Berhad (Maybank): 1-300 88 6688
- AmBank (M) Berhad (AmBank): 03-2178 8888
- CIMB Bank Berhad (CIMB): 03-6204 7788
- RHB Bank Berhad (RHB): 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia) DAN 08-2276118 (Sabah dan Sarawak)
Sila pergi pada pautan yang kami sediakan di bawah untuk Soalan Lazim Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM:
Soalan Lazim FAQ Dana Rumah Mampu Milik BNM
Kesimpulan
Belum cuba, belum tahu.
Kepada mereka yang benar-benar berminat bolehlah menggunakan panduan di atas. Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain yang turut bercita-cita ingin memiliki rumah idaman mereka.
Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih!