Permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 RM300 Usahawan Sabah

Permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 RM300 Usahawan Sabah

Permohonan Bantuan Prihatin Covid-19.

Bantuan khas disediakan oleh kerajaan negeri Sabah buat usahawan dan pengusaha kotej Sabah!

Bantuan apa?

Nak buat permohonan macam mana?

Mudah sahaja, jangan risau, Thesumber ada solusinya!

Artikel kami hari ini Permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 RM300 (Usahawan & Kotej Sabah) sebagai rujukan buat usahawan yang berminat untuk mendapatan bantuan ini bagi membantu perniagaan mereka.

Jom baca!

Apa Itu Bantuan Covid-19 Prihatin 2.0?

Untuk makluman anda, bantuan Kerajaan Negeri Sabah ini adalah satu pakej bantuan untuk meringankan beban usahawan mikro dan kotej yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19.

Golongan yang diberikan keutamaan bantuan ini adalah Usahawan Mikro & Kotej yang mengeluarkan produk dengan pendapatan tahunan RM50,000.00 dan ke bawah.

Kadar bantuan yang akan diberikan adalah secara bayaran tunai RM300 secara one-off kepada usahawan mikro dan kotej yang layak.

Permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 RM300 (Usahawan & Kotej Sabah)

Berikut kami kongsikan dengan anda syarat kelayakan permohonan, cara permohonan etc sebagai rujukan buat mereka yang berminat:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN COVID-19

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi sebelum anda boleh membuat permohonan:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
  • Usahawan mikro dan kotej dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
  • Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Kotej yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk sahaja.
  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
  • Keutamaan adalah diberi kepada usahawan mikro dan kotej yang belum pernah mendapat bantuan dari mana-mana kementerian, jabatan dan agensi dan yang belum pernah mendapat Bantuan IKS (BAIKS) dan Bantuan SND UMC 2020.
  • Permohonan daripada kategori perkhidmatan, profesional, kontraktor dan ahli-ahli koperasi yang menggunakan lesen koperasi adalah tidak diterima,
  • Sebarang maklumat palsu yang diterima daripada pemohon akan ditolak serta merta.
  • Bantuan ini tidak merangkumi kategori penjaja, perkhidmatan, pelancongan, petani, penternak dan nelayan.
  • Menyertakan dokumen sokongan berikut : Salinan kad pengenalan / Salinan lesen perniagaan yang sah / Gambar premis perniagaan dan produk bersama pemilik
Read Also :  Permohonan Bantuan Khas Zakat Selangor 2020 Online

Permohonan Bantuan Covid-19 Sabah

CARA PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN COVID-19 2.0

Anda boleh membuat permohonan ini SECARA ONLINE SAHAJA seperti berikut:

Permohonan telah dibuka sehingga 15 Mac 2021.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN Covid-19 2.0

Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah sedang membuka permohonan kepada Usahawan mikro dan cottage yang terlibat dalam sektor pembuatan.

  1. Anda perlu mengisi borang secara online untuk memohon: BORANG PERMOHONAN BANTUAN COVID-19 2.0
  2. Pastikan semua butiran yang diperlukan diisi dengan lengkap dan betul.

NOTA PERINGATAN

Sila ambil perhatian bahawa akaun-akaun bank yang tersenarai di bawah adalah TIDAK diterima :

  1. Tabung Haji
  2. ASB
  3. Bank Muamalat
  4. Akaun bersama
  5. Akaun Syarikat
  6. Akaun Sijil Simpanan Premium (SSP)

Segala keputusan Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid19 2.0 Mikro dan Kotej Sabah adalah MUKTAMAD.

Pihak DIDR TIDAK PERNAH melantik agen atau wakil untuk mengurus permohonan bantuan ini.

KAEDAH BAYARAN

Bayaran terus ke akaun bank peribadi usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0. Sila pastikan bahawa akaun bank yang dikemukakan adalah masih aktif.

Kesimpulan Permohonan Bantuan Covid-19 2.0

Bantuan demi bantuan disalurkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan terbaik walaupun masih menghadapi serangan pandemik Covid-19.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang layak menerima bantuan ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Two popular choices are software as a service (saas) and traditional software models.