Tebus Kredit RM150 eBelia.
Golongan belia yang layak dan termasuk di dalam Program eBelia boleh membuat penebusan kredit eWallet anda sebanyak RM150 di ShopeePay!
Menarik bukan?
Mereka yang ingin membuat penebusan kredit eWallet RM150 di ShopeePay cuma hanya perlu mengaktifkan akaun ShopeePay anda, tebus RM150 dan shopping bersama Shopee sambil menikmati diskaun dan banyak tawaran hebat di Shopee.
Bagaimana?
Jangan risau, Thesumber membawakan anda artikel Tebus Kredit RM150 eBelia Di Shopee Pada 1 Jun 2021 sebagai panduan untuk tebus kredit eWallet anda dengan mudah.
Jom teruskan bersama kami!
Isi Kandungan
Tebus Kredit RM150 eBelia Di Shopee Pada 1 Jun 2021
Untuk makluman anda, kerajaan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah mengumumkan pemberian kredit E-Tunai sebanyak RM150 kepada para belia yang layak dan juga pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula 1 Jun ini.
Program eBelia dilaksanakan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.
TEMPOH PENEBUSAN KREDIT eBELIA RM150
Mereka yang berkelayakan boleh mula membuat penebusan kredit pada:
- 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021
Anda boleh membelanjakan kredit tersebut sehingga:
- 31 Julai 2021
SYARAT-SYARAT TEBUS KREDIT RM150 eBELIA
Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh golongan belia dan pelajar IPT sebelum menebus kredit di ShopeePay adalah seperti berikut:
- Anda mestilah seorang warganegara Malaysia
- Belia disini mestilah berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar IPT dalam negara.
- Anda tidak pernah membuat sebarang penebusan kredit eBelia dalam mana-mana platform eWallet yang lain.
- Membuat pengesahan kad pengenalan untuk mengaktifkan akaun ShopeePay anda sebelum membuat penebusan.
Untuk makluman, pengguna yang memilih untuk membuat penebusan melalui Shopee akan menerima tambahan RM5 jika mereka membuat pengesahan kad pengenalan bagi pengaktifan akaun ShopeePay.
Kredit tambahan RM5 tersebut akaun ShopeePay pengguna dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.
CARA TEBUS KREDIT RM150 eBELIA MELALUI SHOPEE
Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat penebusan kredit eBelia ini dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
- Anda perlu memuat turun Aplikasi Shopee terlebih dahulu.
- Buka aplikasi Shopee dan klik pada bahagian banner ‘eBelia’ di bahagian atas skrin anda.
- Kemudian klik pada ‘Claim Now’
- Buat pengesahan kad pengenalan anda dengan klik pada ‘Verify Now’
- Kemudian, maut naik gambar kad pengenalan dan selfie anda bersama kad pengenalan.
- Klik ‘Confirm’ setelah mendapat pengesahan, isikan maklumat diri dan hantar.
- Kredit eBelia berjumlah RM150 akan dimasukkan ke akaun ShopeePay anda yang sudah diaktifkan.
Selesai!
Maklumat Lanjut Tebus Kredit RM150 eBelia
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia di ShopeePay, anda boleh terus layari:
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang layak.
Selamat bershopping online bersama ShopeePay!
TERIMA KASIH