Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Malaysia 2020

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Malaysia 2020

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman.

Artikel kami hari ini Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Malaysia 2020 sebagai panduan khas buat mereka yang mengalami keadaan ekonomi yang terganggu akibat Covid-19 melanda negara pada awal tahun ini.

Tak mampu lagi nak buat bayaran pinjaman bank?

Tahukah anda bahawa Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataan penangguhan bayaran pinjaman bank ini akan dipanjangkan lagi sehingga akhir tahun?

Jom baca!

Isi Kandungan

Lanjutan Moratorium Pinjaman Bank Sehingga Akhir Tahun 2020

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda. Untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, kerajaan dan Bank Negara telah memperkenalkan moratorium COVID-19 pada 1 April 2020 selama 6 bulan, yang asalnya dijangka berakhir pada 30 September 2020.

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik kepada pihak bank bagi individu dan peminjam lain termasuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Berita baik buat anda!

Pada 29 Julai 2020, kerajaan telah bersetuju untuk melakasanakan lanjutan moratorium selama 3 bulan (sehingga Disember 2020) dan bantuan bank bersasar yang khusus untuk rakyat yang hilang pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Malaysia 2020

KATEGORI-KATEGORI KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut kami kongsikan 4 kategori yang layak membuat permohonan ini:

Individu yang hilang pekerjaan pada tahun 2020, dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.

  • Moratorium lanjutan bagi tempoh 3 bulan
  • Institusi boleh melanjutkan tempoh moratorium bersasar bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan
Read Also :  Semakan Permohonan GKP 2.0: Geran Khas Prihatin 2020

Individu yang tidak hilang pekerjaan tetapi gaji terjejas atau berkurangan akibat Covid-19.

  • Pengurangan ansuran pinjaman yang selaras dengan pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pembiayaan
  • Selama tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Pemberian flesibiliti boleh dilanjutkan pada akhir tempoh tersebut, tertakluk kepada gaji peminjam

Sewa Beli

  • Peminjam yang terjejas akan ditawarkan jadual ansuran pembayaran yang selaras dengan Akta Sewa Beli 1967

Pinjaman Lain

Individu dan semua peminjam PKS yang terjejas diberi fleksibiliti berdasarkan keadaan spesifik setiap peminjam termasuk yang seperti dibawah:

  • Membayar faedah sahaja dalam tempoh tertentu
  • Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan ansuran bulanan
  • Memberikan fleksibiliti lain sehingga kedudukan peminjam lebih stabil

NOTA:

Untuk makluman, lanjutan ini tidak akan menjejaskan laporan kredit CCRIS peminjam.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN BANK

  1. Hubungi pihak bank yang terlibat. Peminjam boleh mula menghubungi bank atau AKPK mulai 7 Ogos 2020.
  2. Menerusi panggilan tersebut, peminjam perlu memohon untuk melaksanakan moratorium bersasar atau fleksibliti pembayaran balik.
  3. Pihak bank akan menyatakan jadual dan terma pembayaran balik yang baharu.
  4. Pihak peminjam perlu memahami dan jika berpuas hati, pihak peminjam boleh menyatakan persetujuan.
  5. Jika pelan yang ditawarkan tidak dipersetujui, terdapat dua langkah lain yang boleh dilakukan iaitu:
    – Peminjam boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
    – Bagi PKS, peminjam boleh memohon bantuan di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.

SENARAI NO TELEFON BANK DI MALAYSIA

Individu yang ingin membuat permohonan boleh menghubungi pihak bank di talian:

  1. Bank Simpanan Nasional: 1300-88-1900
  2. Maybank: 1-300-88-6688
  3. CIMB Bank: 03-62047788
  4. Bank Islam: 03-26900900
  5. Bank Rakyat: 1-300-80-5454
  6. Bank Muamalat: 1-300-88-8787
  7. Agro Bank: 1-300-88-2476
  8. AmBank: 03-21788888
  9. Affin Bank: 03-82302222
  10. Hong Leong Bank: 03-76268899
  11. Public Bank: 1-800-22-5555
  12. RHB Bank: 03-9206 8118
  13. HSBC Amanah: 1-300-88-2626
  14. MBSB Bank: 03-20963000
  15. Alliance Bank: 03-55169988
  16. OCBC Bank: 03-83149310
  17. Standard Chartered Bank: 1-300-88-8888
  18. SME Bank: 03-26037700
  19. Bank Pembangunan Malaysia Berhad: 03-26113888
Read Also :  Permohonan MyPremis MARA 2021: Sewaan Premis Bangunan MARA

Kesimpulan Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman

Ayuh kita sama-sama membantu mereka yang terkesan  dengan mengongsikan manfaat artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

Step 5 : store your dried chamomile. 연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.