Permohonan MyPremis MARA 2021: Sewaan Premis Bangunan MARA

Permohonan MyPremis MARA 2021: Sewaan Premis Bangunan MARA

Permohonan MyPremis MARA 2021.

Berita khas buat para peniaga yang tidak mempunyai premis untuk menjalankan perniagaan sendiri anda kini boleh membuat permohonan sewaan premis bangunan MARA.

Permohonan sewaan premis MARA ini boleh dilakukan secara atas talian atau online di Portal MyPremis.

Ketahui syarat-syarat kelayakan permohonan, cara-cara permohonan dan informasi terkini sebagai rujukan anda untuk membuat permohonan dengan artikel kami hari ini Permohonan MyPremis MARA 2021: Sewaan Premis Bangunan MARA.

Panduan yang mudah dan ringkas kami sediakan khas untuk anda.

Jom baca!

Permohonan MyPremis MARA 2021: Sewaan Premis Bangunan MARA

Untuk makluman anda, sebanyak 1066 lot perniagaan milik MARA yang kondusif dengan harga sewaan yang berpatutan ditawarkan kepada para usahawan Bumiputera di seluruh negara.

Permohonan MyPremis MARA 2021: Sewaan Premis Bangunan MARA

Bagaimana cara untuk anda semak kekosongan lot di negeri anda?

Jangan risau terus ikuti artikel kami di bawah.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon adalah seorang usahawan Bumiputera.
  • Pemohon mesti bebas senarai hitam daripada pihak MARA.
  • Pemohon adalah tidak bankrap.
  • Pemohon telah mendaftarkan perniagaan/syarikat melalui SSM.
  • Perniagaan adalah mengikut kesesuaian dan daya maju perniagaan atau perusahaan yang dicadangkan.
  • Had umur pemohon mestilah antara 16 hingga 60 tahun semasa permohonan dibuat.

CARA PERMOHONAN MyPREMIS MARA 2021

Mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Pemohon layari laman web berikut: BORANG PERMOHONAN MyPREMIS MARA 2021
  • Pilih negeri tempat anda mentepa untuk membuat permohonan premis dengan cara klik pada bendera tersebut.
  • Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  • Muat naik maklumat perniagaan iaitu sijil SSM anda.
  • Klik pada ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.
Read Also :  Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan

NOTA:

  • Usahawan-usahawan yang berminat juga boleh menghubungi Pejabat MARA Negeri (PMN) masing-masing.

CARA SEMAK PERMOHONAN MyPREMIS MARA

Anda boleh buat semakan permohonan MyPremis MARA ini dengan cara-cara yang berikut:

  • Pemohon perlu layari laman web berikut: SEMAKAN PERMOHONAN MyPREMIS MARA
  • Masukkan kad pengenalan dan emel permohonan.
  • Klik pada ‘Semak’ dan keputusan permohonan anda akan dipaparkan.

Soalan Lazim MyPremis MARA

Jika saya ingin menyemak kekosongan premis untuk disewa, di manakah perkara tersebut boleh saya rujuk?

Adakah bukan warganegara layak memohon penyewaan di premis niaga MARA?

  • Tidak. Hanya warganegara Malaysia sahaja layak untuk memohon penyewaan di premis niaga MARA.
Jika saya masih belum mendaftar syarikat saya di bawah SSM, adakah permohonan saya akan diluluskan?

  • Tidak. Usahawan yang mendaftar perlu mengemukakan bukti pendaftaran SSM bagi memastikan permohonan mereka berjaya.

Kesimpulan

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH

What is the formula compound interest calculator uses ?. In conclusion, poker casino online platforms like. Best reddit subreddits to keep up with vapes vapes together strong.