Permohonan Bantuan Kewangan IPTA (iBita) 2020 Online

Permohonan Bantuan Kewangan IPTA (iBita) 2020 Online

Permohonan Bantuan Kewangan IPTA.

Anda pelajar IPTA/IPTS/POLITEKNIK dan juga anak-anak kelahiran Pulau Pinang?

TheSumber hari ini dengan artikel Permohonan Bantuan Kewangan IPTA (iBita) 2020 Online sebagai panduan khas untuk para pelajar yang layak membuat permohonan ini.

Jom baca!

Bantuan Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBita)

Pemberian bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban keluarga pelajar khususnya dalam kalangan keluarga B40 menanggung kemasukan anak mereka ke IPT yang menelan belanja yang agak besar.

JUMLAH BANTUAN KEWANGAN YANG DIBERIKAN

Berikut kami kongsikan jumlah bantuan yang diterima pelajar IPT yang layak menerusi bantuan ini:

  • Pelajar yang belajar di universiti dalam Semenanjung Malaysia: RM1,000.00
  • Pelajar yang belajar di universiti Sabah dan Sarawak: RM1,200.00
  • Pelajar yang belajar di Politeknik Malaysia: RM300.00

SENARAI PELAJAR IPTA/IPTS/POLITEKNIK YANG LAYAK MEMOHON

Para pelajar daripada 20 senarai IPTA di bawah layak membuat permohonan ini:

  1. Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  12. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  13. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  14. Universiti Sains Malaysia (USM)
  15. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  17. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  18. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. Universiti Utara Malaysia (UUM)
BACA JUGA :  Permohonan Online Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020

Para pelajar daripada 6 senarai IPTS di bawah layak membuat permohonan ini:

  1. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  2. Universiti Terbuka Wawasan (WOU)
  3. Universiti AIMST (AIMST)
  4. Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)
  5. Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)
  6. MSU College Penang

Para pelajar daripada 36 senarai Politeknik Malaysia di bawah layak membuat permohonan ini:

  1. Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
  2. Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
  3. Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
  4. Politeknik Metro Betong (PMBS)
  5. Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
  6. Politeknik Ungku Omar (PUO)
  7. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  8. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
  9. Politeknik Kota Bharu (PKB)
  10. Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN)
  11. Politeknik Besut (PBT)
  12. Politeknik Bagan Datuk (PBD)
  13. Politeknik Port Dickson (PPD)
  14. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  15. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
  16. Politeknik Seberang Perai (PSP)
  17. Politeknik Melaka (PMK)
  18. Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
  19. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  20. Politeknik Merlimau (PMM)
  21. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  22. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
  23. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
  24. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  25. Politeknik Muadzam Shah (PMS)
  26. Politeknik Balik Pulau (PBU)
  27. Politeknik Jeli (PJK)
  28. Politeknik Nilai (PNS)
  29. Politeknik Banting (PBS)
  30. Politeknik Mersing (PMJ)
  31. Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
  32. Politeknik Tawau (PTS)
  33. Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
  34. Politeknik Sandakan (PSS)
  35. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
  36. Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

Permohonan Bantuan Kewangan IPTA

Permohonan Bantuan Kewangan IPTA (iBita)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Pendapatan isi rumah keluarga pelajar iaitu gaji pokok termasuk elaun tetap tidak melebihi RM8,000.00.
  2. Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) pelajar mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  3. Hanya pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.
  4. Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi/Matrikulasi adalah tidak layak memohon.
BACA JUGA :  Syarat Kemasukan & Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD)

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN iBita

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN iBita

Permohonan ini iBita akan dibuka pada 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

  1. Layari laman web https://ibita.penang.gov.my/
  2. Klik bahagian ‘Login Pemohon.’
  3. Isikan maklumat pada ‘Daftar Maklumat Akses Pemohon’
  4. Klik butang’ Setuju & Daftar.’
  5. Login dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  6. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  7. Setelah selesai cetak borang permohonan tersebut.
  8. Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) bersama dokumen sokongan yang telah disahkan.
  9. Penghantaran borang permohonan boleh dilakukan sama ada oleh pemohon/ibu/bapa/penjaga/wakil.

Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

NOTA:

Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi pengajian peringkat Diploma, pelajar adalah TIDAK LAYAK lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama dengan borang permohonan:

  1. Salinan surat tawaran ke IPT.
  2. Slip bayaran yuran pendaftaran IPT.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
  5. Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Mana-mana Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Untuk pesara, penyata pencen wajib dikemukakan dan Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) perlu dikemukakan sekiranya bekerja sendiri.

NOTA:

Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh:

  • Pegawai Daerah
  • Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
  • Pensyarah/Profesor/Pendaftar Universiti
  • Jaksa Pendamai
  • Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.
BACA JUGA :  Semakan Pinjaman LPPSA 2021: Status Permohonan Online

Maklumat Permohonan Bantuan Kewangan IPTA (iBita)

Pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai Pejabat Tanah dan Daerah masing-masing mebgikut senarai nama dan nombor yang diberikan di bawah:

  1. Daerah Barat Daya: Mohd Idris Bin Ismail Dennie/ Noor Mahdini Binti Mohd Sabri (04-8689424/04-8689431/432)
  2. Daerah Timur Laut: Juhana bt Johan/Najiha Nabila Binti Yusree/Siti Mariam bt Mohamad (04-6505533/04-6505528)
  3. Seberang Perai Utara: Nor Zurina binti Abdullah/Siti Fatimah Binti Ahmad/Noor Faezah binti Adenan (04-5776505/04-5776515/04-5759963)
  4. Seberang Perai Selatan: Aida Sofiah Bt Rusmahini/Rozaid bin Ali (04-5857814/04-5857821)
  5. Seberang Perai Tengah: Sobri bin Shariff/Muhammad Azri Bin Mohd Nor (04-5488818/04-5488814)

Kesimpulan Permohonan Bantuan Kewangan IPTA (iBita)

Semoga artikel kami ini dapat membantu meringankan beban anda. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com