Permohonan & Semakan Online Program Usahawan Anak Muda Kota.
Satu program telah diwujudkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membantu khususnya usahawan golongan muda di Wilayah Persekutuan.
Mereka yang berminat boleh teruskan bersama Pemberitahuan hari ini dengan artikel Permohonan & Semakan Online Program Usahawan Anak Muda Kota 2020 dimana kami sediakan panduan khas untuk memudahkan urusan anda untuk membuat permohonan.
Semuanya ada disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apakah Program Usahawan Anak Muda Kota?
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta agensi kerajaan lain yang berkaitan dengan pembangunan usahawan.
Kerajaan menawarkan ruang perniagaan untuk anak muda yang ingin terlibat di dalam bidang perniagaan dan menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Antara pelaksanaan yang terlibat di dalam program ini adalah seperti berikut:
- Tawaran perniagaan francais.
- Bantuan pembiayaan dan bimbingan perniagaan daripada agensi kerajaan.
- Bayaran sewaan nominal dan memudahcara permohonan lesen perniagaan di DBKL dan PPj.
- Peluang latihan serta tawaran dalam bidang keusahawanan yang diumumkan agensi berkaitan.
- Bantuan dan akses dalam mengaplikasikan ekonomi digital daripada pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanan, komunikasi antara pekerja dan kajian pasaran.
Matlamat utama pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota ini adalah untuk:
- Merangsang ekonomi negara melalui aktiviti keusahawanan pasca wabak COVID-19.
- Melahirkan lebih ramai usahawan anak muda di lokasi tumpuan dan strategik sekitar ibu kota.
- Memperkasakan usahawan mikro supaya lebih berdaya saing dalam menghadapi norma baharu.
JENIS PERNIAGAAN YANG TERLIBAT
Berikut adalah senarai jenis-jenis perniagaan bagi usahawan mudah yang terlibat di dalam program ini:
- Makanan dan minuman.
- Cenderamata dan kraftangan.
- Pusat gajet dan teknologi maklumat.
- Fesyen dan perhiasan.
- Produk kosmetik, kecantikan, pewangi, dan penjagaan kulit.
- Produk francais (Contohnya Costa Cofee, Tea Live, dan lain-lain).
- Food Truck.
LOKASI PERNIAGAAN
Lokasi perniagaan yang terlibat adalah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
LOKASI PROGRAM USAHAWAN ANAK MUDA KOTA DI KUALA LUMPUR
- 64 kios di kawasan River of Life
- 85 kios di tengah bandar Kuala Lumpur
- 140 kios di Berjaya Times Square
- 490 kios di perhentian bas dan teksi
- 47 tapak luar pusat bandar
- 200 ruang niaga food truck
LOKASI PROGRAM USAHAWAN ANAK MUDA KOTA DI PUTRAJAYA
- 7 tapak hotspot food truck.
- 3 tapak niaga Dataran Putra, Presint 1.
- 30 tapak niaga di Dataran Belia, Presint 14.
- 18 tapak niaga di Presint 19, Putrjaya Sentral, dan Medan Selera Presint 9.
- 3 tapak niaga di Kompleks PPj, Presint 3, Perhentian Bas, dan Persiaran Perdana 8B.
- 15 tapak niaga di Jalan Kayangan Presint 6, Medan Selera Baharu Presint 8, dan Laman Duta.
- 20 tapak niaga di Dataran Gemilang Presint 4, Kompleks Kejiranan Presint 5, Kompleks Kejiranan Presint 14, Kompleks Kejiranan Presint 18, dan Persiaran Perdana Presint 2 & 3.
30 tapak niaga yang ditawarkan di Dataran Belia, Presint 14, Perbadanan Putrajaya menawarkan beberapa keistimewaan seperti berikut:
- Fi atau lesen penjaja adalah RM2.00 sehari.
- Kos pengurusan pembersihan adalah percuma.
- 6 bulan bayaran sewa percuma mulai Ogos 2020.
- Selepas 6 bulan, kadar sewa yang dikenakan adalah RM150.00 sebulan.
Permohonan & Semakan Online Program Usahawan Anak Muda
Berikut kami kongsikan panduan syarat-syarat permohonan dan langkah-langkah permohonan:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu anda penuhi sebelum membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Lahir atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas (keutamaan adalah kepada golongan belia)
LANKAH-LANGKAH PERMOHONAN PROGRAM USAHAWAN ANAK MUDA KOTA
Sekiranya anda melepasi syarat-syarat di atas, anda di alu-alukan untuk membuat permohonan mengikut langkah-langkah yang disediakan di bawah:
- Anda perlu melayari laman rasmi permohonan ini: https://usahawanwp.kwp.gov.my
- Isikan semua maklumat pemohon yang diperlukan pada Bahagian A.
- Isi semua maklumat mengenai maklumat pekerjaan terkini pada Bahagian B.
- Pada Bahagian C, pemohon perlu memuat naik dokumen yang diperlukan iaitu:
– Gambar berukuran pasport
– Kad pengenalan pemohon
– Bil air atau bil api yang menunjukkan alamat kediaman.
– Sijil pendaftaran SSM (sekiranya telah mempunyai perniagaan).
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PROGRAM
Anda boleh mula membuat semakan status permohonan pada 1 Ogos 2020 secara berperingkat di laman sesawang berikut:
Maklumat Lanjut Program Usahawan Anak Muda Kota
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, anda boleh menghubungi urusetia Bahagian Sosio Ekonomi KWP di talian 03-88897636/7644/7893/7767/7853
Anda juga boleh menghantar emel di alamat:
Kesimpulan Program Usahawan Anak Muda Kota
Gunakan peluang dan ruang yang disediakan oleh kerajaan ini untuk membantu anda mencapai impian. Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH