Cara Pantas Beli Tiket Bas Secara Online Dengan Mudah

Cara Pantas Beli Tiket Bas Secara Online Dengan Mudah

Cara Pantas Beli Tiket Bas Secara Online.

Bagaimana?

Tak pernah beli tiket bas secara atas talian/online?

Tahukah anda bahawa cara ini lebih pantas dan jimat masa serta tenaga anda?

Artikel Thesumber hari ini Cara Pantas Beli Tiket Bas Secara Online Dengan Mudah sebagai panduan lengkap buat anda.

Semuanya ada disini, mudah sahaja!

Jom baca!

Cara Pantas Beli Tiket Bas Secara Online Dengan Mudah

Jika dahulu anda kena beratur depan kaunter semata-mata nak beli sekeping tiket bas sekarang ni anda boleh beli tiket bas dengan hanya kain pelikat sambil bersantai di atas katil empuk anda!

Tiada lagi gangguan ulat tiket, pembaziran masa dan tenaga dengan kemudahan teknologi sekarang.

Biar betul?

Ya, tahukah anda bahawa terdapat banyak laman web dan aplikasi telefon pintar yang menawarkan perkhidmatan penjualan tiket bas ekspress ke seluruh Malaysia?

Nak tahu jom teruskan bersama kami!

LANGKAH-LANGKAH MUDAH BELI TIKET BAS SECARA ONLINE

Anda boleh memilih mana-mana dari senarai laman web yang kami sediakan dibawah untuk membuat pembelian tiket bas.

Berikut merupakan langkah-langkah mudah beli tiket bas secara online dengan BusOnlineTicket.com:

CARI LALUAN BAS ANDA

Anda perlu mengisikan maklumat berkaitan seperti:

  • Perjalanan pergi balik atau sehala
  • Bertolak dari (tempat ambil), tiba di (tempat turun)
  • Tarikh dan masa serta jumlah penumpang

Kemudian klik pada “Carian” atau “Search Buses” untuk laluan perjalanan anda

Read Also :  BPN 2.0: Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0

tiket bas online

PILIH TEMPAT DUDUK BAS

Anda akan ditunjukkan paparan terperinci jadual perjalanan-perjalanan bas berdasarkan pencarian perjalanan anda di Langkah 1.

tiket bas online 2

 

Kemudian klik pada ‘Select’ atau ‘Pilih’ untuk memilih kerusi pada waktu perjalanan dan syarikat bas pilihan anda.

Anda akan diberikan paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul. Klik pada nombor tempat duduk pilihan anda dan tekan butang “Teruskan” atau “Proceed”

tiket bas online 3

PENGISIAN BUTIRAN DAN CARA PEMBAYARAN

Isikan butir-butir yang diperlukan ditempah kosong yang disediakan seperti di bawah:

butir-butir beli tiket bas online

Anda juga diberikan pilihan untuk servis refund dan insurance seperti dibawah:

refund dan insurance tiket bas online

Selesai semuanya pastikan semua maklumat perjalanan anda betul.

Kini anda boleh memilih cara bayaran. Anda diberikan 5 pilihan cara pembayaran iaitu:

  1. Credit Card
  2. Online Banking
  3. E-wallet
  4. Paypal
  5. Alipay

5 cara bayaran tiket bas online

Pastikan and “tick” setuju pada polisi BusOnlineTicket.com kemudian klik pada “Bayar Sekarang/Proceed to Payment”

MEMBUAT PEMBAYARAN

  • Anda dikehandaki untuk mengisi maklumat yang diminta pada laman yang dipaparkan.
  • Laman pengesahan/kebenaran oleh Bank anda juga akan dipaparkan dan sekali lagi perlu mengisi maklumat seperti yang diminta.
  • Jika pembayaran anda diterima dan berjaya maka satu email “Order Summary” akan dihantar kepada anda melalui email.
  • Selesai urusan pembelian tiket bas atau booking secara online ini. Sila baca maklumat didalam “Order Summary” untuk maklumat lanjut dan langkah yang sepatutnya anda ambil sebelum menaiki bas pada hari bertolak.

NOTA:

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi atau email portal penempahan tiket anda.

SENARAI LAMAN WEB SYARIKAT JUAL TIKET BAS ONLINE

Berikut adalah senarai laman web yang menjual tiket bas express secara online (membuat tempahan untuk pilihan syarikat bas) untuk rujukan semua untuk menempah tiket bas:

  1. Redbus
  2. Catchthatbus
  3. Busonlineticket
  4. Eticketing
  5. TBS
  6. Easybook
Read Also :  Luxury Executive Rehab Facilities

Bagi memudahkan urusan pembelian tiket bas menggunakan smartphone, anda boleh memuat turun aplikasi laman web di atas mengikut sistem operasi telefon masing-masing (Google PlayStore / Apple Appstore)

Kesimpulan 

Semoga perkongsian ini memudahkan urusan pembelian tiket bas/feri/train anda. Sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH