Usahawan Mikro Terima Faedah RM1,500 Kempen eDagang Shopee

Usahawan Mikro Terima Faedah RM1,500 Kempen eDagang Shopee [PENJANA]

Usahawan Mikro Terima Faedah RM1500 dari Shopee?

Tak percaya?

Artikel kami hari ini Usahawan Mikro Terima Faedah RM1,500 Kempen eDagang Shopee [PENJANA] memberikan anda segala maklumat dan panduan khas mengenai Kempen eDagang PENJANA ini. Semuanya ada disini.

Modal sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan di Shopee.

Nak tahu lebih lanjut?

Jom baca!

Kempen e-Dagang (PENJANA): Shopee

Kempen E-Dagang PENJANA ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Ianya dijalankan untuk merancakkan ekonomi dengan mempercepatkan digitalisasi dalam kalangan perniagaan tempatan serta memberi galakan kepada penjual yang baharu kepada e-dagang.

Platform Shopee memberi peluang kepada usahawan untuk memasarkan pelbagai produk mereka secara online dan pembeli boleh membeli barang-barang yang dijual di dalam platform ini pada bila-bila masa di mana-mana.

Usahawan e-commerce mikro dan PKS yang ingin menjalankan perniagaan secara online merupakan target utama kerana Kempen eDagang PENJANA telah  menawarkan faedah sebanyak RM1,500 kepada usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan di Shopee.

FAEDAH DITERIMA MELALUI KEMPEN e-DAGANG

Manfaat yang bakal diterima melalui Kempen eDagang PENJANA di Shopee adalah:

  • Pemberian baucar Shopee RM1,000 untuk meningkatkan jualan perniagaan
  • Kredit ‘Shopee Ads’ berjumlah RM500 yang merupakan kredit iklan percuma untuk pemasaran

TEMPOH PERMOHONAN

  • Permohonan faedah Kempen e-Dagang PENJANA bagi platform perniagaan online Shopee ini dibuka sehingga 23 September 2020
Read Also :  Tebus Kredit RM150 eBelia Di Shopee Pada 1 Jun 2021

Kempen eDagang Shopee [PENJANA]

Usahawan Mikro Terima Faedah RM1,500 Kempen eDagang Shopee [PENJANA]

Berikut kami kongsikan maklumat proses permohonan bantuan atau faedah ini bagi mereka yang berminat:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Bagi mereka yang berminat membuat permohonan ini mestilah memenuhi dua syarat di bawah terlebih dahulu:

  1. Mendaftar sebagai penjual Shopee mulai 30 Jun 2020 dan seterusnya.
  2. Merupakan usahawan mikro PKS tempatan dan individu dengan atau tanpa pendaftaran perniagaan.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN KEMPEN e-DAGANG: SHOPEE

Sekiranya anda memenuhi dua syarat kelayakan di bawah anda boleh membuat permohonan mengikut cara-cara berikut:

  1. Layari laman web https://shopee.com.my/events3/code/986263060/
  2. Klik butang ‘Click Here’ di bahagian ‘Apply Now.’
  3. Log masuk dengan memasukkan no telefon/nama pengguna/email dan kata laluan.
  4. Isi maklumat berikut iaitu:
    – Nama penuh
    – Username Shopee
    – Nama kedai Shopee
    – Poskod
    – Pilihan baucer
  5. Tandakan pengakuan yang diberikan.
  6. Klik butang ‘>’ untuk menghantar permohonan

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan mengenai Kempen e-Dagang PENJANA ini boleh terus hubungi Pusat Panggilan Shopee di talian 03-2777 9222.

Selamat maju jaya kami ucapkan pada semua!

TERIMA KASIH

Android’s new real time app scanning : combating malicious sideloaded apps.