Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi Selangor RM800

Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi Selangor RM800

Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi.

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB) bagi membantu mereka yang menghidapi penyakit Tibi.

Artikel kami hari ini Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi Selangor RM800 memberikan anda panduan khas terutama sekali bagi mereka yang memerlukan.

Jom teruskan bersama kami!

Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi Selangor RM800

Untuk makluman anda, sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan, antara faktor utama yang menyumbang kepada jumlah kes penyakit Tibi di Selangor adalah disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi di negeri tersebut terutamanya penduduk yang mempunyai tahap sosioekonomi rendah di bandar.

Statistik yang mengesahkan negeri Selangor merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kes penyakit Tibi pada tahun 2019 iaitu sebanyak 5,071.

Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi

Untuk itu, kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan insentif IRTB bagi memastikan lebih ramai penduduk di Negeri Selangor mendapatkan rawatan penyakit Tibi dan seterusnya mengurangkan jumlah kes di negeri tersebut.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda penuhi untuk melayakkan diri membuat permohonan:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Selangor.
  2. Pemohon perlulah pesakit yang sedang mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.
  3. Pemohon sedang menerima rawatan Tibi secara aktif.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN RAWATAN TIBI (IRTB)

Pemberian insentif IRTB adalah berjumlah RM800 dan pemberian akan diberikan melalui 3 fasa iaitu:

Fasa 1: Sebanyak RM200

Read Also :  Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Malaysia 2020

Fasa 2: Sebanyak RM200

Fasa 3: Sebanyak RM 400

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN RAWATAN TIBI (IRTB)

Mereka yang memenuhi syarat kelayakan di atas boleh terus memohon mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Anda perlu melayari laman web https://www.selangorprihatin.com/
  2. Klik ‘Mohon Sekarang’ di bawah bahagian ‘Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor’
  3. Klik pada ‘Muat Turun Borang Permohonan’ untuk mendapatkan borang anda.
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Permohonan perlulah disertakan dengan dokumen sokongan berikut:

  1. Memo atau Surat Pengesahan doktor bahawa pemohon menghidap penyakit Tibi.
  2. Salinan buku log perubatan Penyakit Tibi (TBIS 10E).
  3. Salinan kad pengenalan pemohon.
  4. Penyata bank pemohon yang mempunyai nama pemohon dan maklumat akaun bank
  5. Salinan dokumen pengesahan pemastautin pemohon di Selangor (contoh: Bil air, bil eletrik, perjanjian sewa atau lain-lain dokumen berkaitan)

Borang permohonan dan dokumen yang lengkap perlulah dihantar kepada Selcare Management melalui:

Maklumat Lanjut Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai permohonan ini anda boleh menghubungi talian 1-800-22-6600 yang beroperasi 24 jam ATAU terus melayari laman web rasmi Selangor Prihatin di bawah.

LAMAN WEB RASMI SELANGOR PRIHATIN

Kesimpulan

Sokong usaha murni kerajaan negeri Selangor ini dengan cara menyebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain. Sama-sama kita membangunkan masyarakat Selangor yang sihat.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH