Cara Semak Penyata KWSP?
Nak pergi buat semakan penyata KWSP tapi tersekat sebab PKP?
Jangan risau!
Selalunya kita akan ke kiosk KWSP berdekatan untuk semak. Tapi kali ini TheSumber membawakan anda Cara Semak Penyata KWSP Online 2021 (i-Akaun KWSP).
Panduan lengkap! Semuanya ada disini!
Jom baca!
Isi Kandungan
i-Akaun KWSP Perkhidmatan Mudah, Semuanya Hanya di Hujung Jari
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) di mana ia bertindak sebagai sebuah badan keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya.
KWSP telah mewujudkan sistem online bertujuan untuk membuat semakan, cetakan penyata dan juga pengeluaran atas sebab yang dibenarkan sahaja. Pencarum tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter KWSP untuk membuat
urusan seperti semakan, cetakan penyata kerana anda hanya perlu melayari laman sesawang KWSP dan klik i-Akaun untuk log masuk ke akaun KWSP online anda.
Rujuk artikel kami Daftar i-Akaun KWSP Online untuk maklumat lanjut.
PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN DI i-AKAUN KWSP
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Cara Semak Penyata KWSP Online 2021 (i-Akaun KWSP)
Berikut kami kongsikan kepada anda langkah-langkag membuat semakan penyata KWSP melalui i-Akaun:
LANGKAH 1: DAPATKAN KOD PENGAKTIFAN AKAUN ANDA
Sebelum membuat apa-apa semakan online melalui i-Akaun, anda perlu mendapatkan kod pengaktifan terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan kod pengaktifan ini dimana-mana kios ataupun kaunter KWSP. Bawa sekali MyKad anda ketika ingin mendapatkan kod pengaktifan ini.
Anda boleh dapatkan senarai kios atau kaunter KWSP di pautan yang kami sediakan di bawah:
PEJABAT DAN KIOS KWSP SELURUH MALAYSIA
LANGKAH 2: LOG MASUK KE i-AKAUN KWSP ANDA
- Sila layari laman rasmi KWSP dan klik pada menu login i-Akaun. Kemudian masukkan kod pengaktifan yang diberi diruang ‘ID USER’ dan tekan butang ‘NEXT’. *kod pengaktifan boleh digunakan dalam masa 30 hari
- Masukkan kata laluan sementara dan tekan butang ‘login’
- Baca terma dan syarat yang dipaparkan dengan teliti kemudian tekan butang ‘agree’. Selesai semua, tekan butang ‘next’
- Kemudian, sila tukar ID dan kata laluan sementara anda. Kemudian pilih gambar online masukkan frasa rahsia di ruang yang disediakan dan tekan butang ‘next’
- Anda kemudiannya akan diberikan arahan untuk login sekali lagi menggunakan user ID dan kata laluan yang baru.
Manual Panduan Untuk Anda:
LANGKAH 3: SEMAKAN PENYATA KWSP
Berikut adalah langkah-langkah untuk anda membuat semakan penyata KWSP di i-Akaun:
- Log masuk semula ke dalam akaun anda.
- Akaun Peribadi kemudian pilih tahun di ruangan Lihat Penyata bagi Tahun
- Klik Cari. Penyata bagi tahun yang dipilih itu akan dipaparkan.
- Di halaman yang sama di bahagian bawah, penyata ahli boleh dicetak atau dimuat turun.
Maklumat Lanjut Cara Semak Penyata KWSP Online
Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran yang diberikan di bawah:
Kesimpulan Cara Semak Penyata KWSP Online
Kami berharap artikel kami kali ini dapat membantu meringankan urusan anda berkenaan dengan KWSP. Kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memerangi dan memutuskan rantaian Covid-19 yang terus mengancam kestabilan negara.
Kita jaga kita.
TERIMA KASIH