Daftar i-Akaun KWSP Online
Anda masih tidak mendaftar i-Akaun KWSP lagi? Eh rugi lah macam tu.
Kenapa rugi? Tahukah anda banyak perkhidmatan yang disediakan di i-Akaun antaranya anda boleh membuat semakan penyata secara online? Nak buat semakan KWSP pun mudah.
Tak percaya?
Mari baca artikel kami di Thesumber Daftar i-Akaun KWSP Online 2021 Dengan Mudah semua kekeliruan dan tanda tanya anda kami selesaikan di sini.
Apa tunggu lagi? Jom!
Isi Kandungan
Apa Itu i-Akaun KWSP?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan i-Akaun bagi membenarkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian atau online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP.
i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Anda boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer. Jimat masa dan tenaga, tak perlu beratur menunggu lama nak berurusan di kaunter KWSP.
Tambah pula dengan pengeluaran iSinar dan iLestari KWSP, dengan adanya i-Akaun ni mudah anda nak berurusan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:
- Kemaskini profil peribadi
- Semak status penamaan
- Semak kelayakan pengeluaran
- Daftar simpanan shariah
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
Daftar i-Akaun KWSP Online Dengan Mudah
Macam mana nak daftar?
Jangan risau, berikut kami kongsikan cara untuk anda daftar/aktifkan i-Akaun KWSP secara online:
CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP ONLINE
Suka kami ingatkan di sini bahawa anda perlu terlebih dahulu mendapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.
Anda juga boleh membuat pendaftaran i-Akaun ini melalui emel ke alamat [email protected] seperti berikut:
- Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
- Lampiran MyKad (depan dan belakang)
- Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
- Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
- Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
- Salinan Buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli
NOTA:
Setelah pengesahan anda berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli).
Selepas itu anda perlu membuat proses kemaskini untuk kata laluan baharu.
Anda perlu membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
CARA AKTIFKAN i-AKAUN KWSP ONLINE
- Anda perlu layari LAMAN WEB RASMI KWSP untuk mengaktifkan i-Akaun KWSP
- Klik pada ‘Log Masuk’ dengan menggunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS (nombor yang anda gunakan untuk membuat pendaftaran) untuk aktifkan i-Akaun KWSP anda.
- Kemudian, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Log masuk dengan maklumat akaun anda yang baru. Selesai.
Maklumat Lanjut Daftar i-Akaun KWSP Online
Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut mengenai i-Akaun KWSP, anda boleh terus hubungi atau rujuk pada:
- Telefon: 03-8922 6000
- Panduan: Pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP
Sekiranya artikel ini dapat membantu memudahkan urusan anda, kongsikan manfaat artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang terus mengancam kestabilan negara.
Sama-sama kita jaga kita.
TERIMA KASIH