Cara Mohon Bantuan Modal Inisiatif Belia Berniaga RM15,000

Cara Mohon Bantuan Modal Inisiatif Belia Berniaga RM15,000

Cara Mohon Bantuan Modal.

Berita baik buat golongan belia yang berminat untuk memulakan perniagaan dan memerlukan modal untuk mengukuhkan permulaan perniagaan anda!

Anda boleh membuat permohonan bantuan modal di bawah program Inisiatif Belia Berniaga sehingga RM15,000!

Biar betul ni?

Tak percaya?

Jom baca artikel kami Cara Mohon Bantuan Modal Inisiatif Belia Berniaga RM15,000 untuk rujukan anda untuk membuat permohonan dengan mudah dan lancar.

Apa Itu Program Inisiatif Belia Berniaga?

Untuk makluman anda, Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) menawarkan kepada mana-mana golongan belia yang berminat untuk menambah pendapatan dan mengukuhkan ekonomi melalui INISIATIF BELIA BERNIAGA yang ditawarkan oleh Majlis Belia Malaysia MBM melalui sektor perniagaan modal mampu milik.

Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini.

Inisiatif ini sudah pasti dapat membantu golongan belia yang terkesan dengan penularan Covid-19 yang sedang melanda negara dan sedang mencari peluang untuk menjinakkan diri di dalam bidang perniagaan.

Berikut kami kongsikan kepada anda syarat-syarat kelayakan permohonan, cara-cara membuat permohonan dan sebagainya:

Cara Mohon Bantuan Modal Inisiatif Belia Berniaga RM15,000

CARA MOHON BANTUAN MODAL INISIATIF BELIA BERNIAGA

Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan bantuan modal ini anda boleh mendapatkan BORANG PERMOHONAN INISIATIF BELIA BERNIAGA atau scar QR code yang tertera pada poster di bawah.

BACA JUGA :  Cara Memohon Pembiayaan Selangor Advance PKS 2020 Online

cara mohon bantuan modal berniaga

SENARAI BANTUAN MODAL YANG DIBERIKAN MENGIKUT KATEGORI PERNIAGAAN

  1. Stokis – Modal RM3,000
  2. Payung/ Gerai – Modal RM3,000
  3. Motosikal Roda 3 – RM10,000
  4. Food Truck – Modal RM15,000
  5. Kursus Asas Keusahawanan dan lain-lain

NOTA: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat Lanjut Inisiatif Belia Berniaga

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai inisiatif bantuan modal ini anda boleh hubungi:

  • Syed Osman Mohamed, Pengerusi MFREN di talian 016-381 3448 atau
  • Saiful Bahari, Sekretariat MBM di talian 013-398 5857.

Kesimpulan

Semoga artikel ini dapat membantu golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan memerlukan bantuan modal untuk memulakannya.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang turut berminat dan layak untuk mendapatkan bantuan modal ini.

Pastikan anda sentiasa menjaga SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang masih lagi melanda negara. Sama-sama kita jaga kita.

TERIMA KASIH