Cara Memohon HPIPT Selangor 2021 Secara Online

Cara Memohon HPIPT Selangor 2021 Secara Online

Cara Memohon HPIPT Selangor.

Berita baik buat penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang merupakan anak kelahiran Negeri Selangor. Kerajaan melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) menyediakan satu bentuk bantuan iaitu hadiah untuk pelajar IPT iaitu Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT).

Hadiah ini akan diberikan sebanyak RM1,000 kepada pelajar IPT yang datang daripada keluarga B40 yang berpendapatan kurang daripada RM5,000.

Bagaimana caranya untuk anda mendapatkan Hadiah Pelajar IPT ini?

Thesumber dengan artikel Cara Memohon HPIPT Selangor 2021 Secara Online menyediakan anda panduan mudah untuk membuat permohonan.

Jom baca artikel kami.

Cara Memohon HPIPT Selangor 2021 Secara Online

Matlamat pemberian inisiatif ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada IPTA atau IPTS.

Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan anak-anak kelahiran Selangor untuk melanjutkan pengajian ke peringkat IPT seterusnya melahirkan anak Selangor yang berjaya di masa akan datang.

CARA BAYARAN HPIPT SELANGOR

Untuk makluman, setiap permohonan yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.

Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja.

Pemohon dinasihati menyemak status pembayaran 1 bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia HPIPT.

Cara Memohon HPIPT Selangor

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN HPIPT SELANGOR

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:

  1. Warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor.
  2. Jumlah pendapatan isi rumah keluarga pemohon adalah RM5,000 ke bawah.
  3. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Pemohon adalah pelajar tahun pertama di IPTA atau IPTS terbabit.
  5. Ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
BACA JUGA :  Semakan Status & Rayuan PraSekolah KPM Online Sesi 2021

CARA MEMOHON HPIPT SELANGOR ONLINE

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat kelayakan di atas, berikut adalah cara untuk memohon buat rujukan anda:

  1. Anda perlu layari: LAMAN WEB RASMI HPIPT SELANGOR
  2. Klik pada ‘Permohonan HIPT’
  3. Kemudian klik ‘Daftar Baharu’
  4. Isikan kesemua maklumat yang diminta dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang telah disediakan.
  5. Setelah selesai mengisi lengkap semua maklumat dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik ‘Daftar Akaun Baharu’
  6. Kemudian, anda perlu log in dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan tadi.
  7. Setelah berjaya log in, isi maklumat yang diminta dengan lengkap.
  8. Klik ‘Hantar Kepada Urusetia’
  9. Klik ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.
  10. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan (seperti senarai di bawah) ke alamat:Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam, Selangor.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon.
  4. Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
  5. Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
  6. Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
  7. Surat Pengesahan Mastautin Pemohon daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja).
  8. Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5).
  10. Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja).
  11. Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.
  12. Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).
  13. Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.
BACA JUGA :  Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera 2021: Permohonan & Syarat

Maklumat Lanjut Cara Memohon HPIPT Selangor

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai HPIPT, anda boleh terus hubungi Urusetia HPIPT di talian 03-5544 7385/03-5521 2306.

Kongsikan manfaat artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang layak menerima Hadiah IPT daripada Kerajaan Selangor ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH