Borang Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2021

Borang Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2021

Borang Permohonan Biasiswa Zamalah.

Permohonan bantuan IPT MAIK khas untuk pelajar lepasan SPM khususnya anak kelahiran Kelantan.

Pelajar-pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat ingin menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula membuat permohonan Biasiswa Zamalah MAIK.

Bagaimana?

Apa syarat kelayakan biasiswa?

Mana nak dapat borang permohonan MAIK?

Jangan risau, mari baca artikel Thesumber hari ini Borang Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2021 Online sebagai panduan untuk adik-adik yang berminat.

Semua informasi yang anda cari ada disini.

Apa Itu Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK?

Untuk makluman anda, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan agensi yang ditubuhkan pada 24 Disember 1915 dengan tujuan utama untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Kini, sesuai dengan salah strategi MAIK iaitu memperkemas memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan), Biasiswa Zamalah Pendidikan ini telah diperkenalkan untuk membantu anak-anak Negeri Kelantan lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian mereka di IPTA.

BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK MEMOHON

Mana-mana bidang yang bermanfaat yang dipilih oleh pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat IPT adalah layak untuk membuat permohonan biasiswa ini.

Borang Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2021 Online

Berikut kami kongsikan semakan syarat kelayakan umum dan akademik serta proses permohonan bagi mereka yang berkelayakan:

Read Also :  Buat Temujanji LHDN Online: Permohonan Rayuan BPR 2021

SYARAT KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH

Syarat-syarat umum yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  2. Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.
  3. Pemohon mestilah berumur 25 tahun PADA TARIKH PERMOHONAN.
  4. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama dari mana-mana IPTA.
  5. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  6. Pemohon melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH

Berikut adalah syarat kelayakan akademik yang diperlukan akademik mengikut peringkat pengajian untuk rujukan adik-adik yang berminat:

SIJIL KEMAHIRAN

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) perlu sekurang-kurangnya telah atau sedang menduduki tahap 2; atau
  • Sijil Kemahiran lain sekurang-kurangnya lulus SPM.

DIPLOMA

  • PNGK Diploma adalah 3.5 pada semester 1; atau
  • Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada Gerd C dan ke atas).

IJAZAH SARJANA MUDA

  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Diploma; atau
  • Mempunyai STAM yang setara dengan STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti.

CARA PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK

Mereka yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan dengan cara yang berikut:

  1. Pemohon perlu muat turun: BORANG PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH
  2. Isi kesemua butiran yang diminta dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan (YANG TELAH DISAHKAN) seperti senarai di bawah ke alamat berikut:

Urusetia, Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM,
Unit Tajaan Pendidikan, Tingkat 3
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Lundang,
Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru,
Kelantan Darul Naim.

Read Also :  Daftar i-Akaun KWSP Online Dengan Mudah

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISEDIAKAN

  1. Surat Beranak & Kad Pengenalan Pemohon/Pasport (Sekiranya berkaitan).
  2. Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga.
  3. Surat Beranak/Mykid/Kad Pengenalan Tanggungan IbuBapa/Penjaga.
  4. Slip gaji/Pencen/ Surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga.
  5. Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STU/STAM, STPM/ Keputusan peperiksaan terakhir (sedang menuntut di Institusi Pengajian).
  6. Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (Diploma/Ijazah Dalam & Luar Negara)/Surat Pengesahan Pengajian Terkini Sijil berhenti sekolah ( A-Level sahaja).
  7. Sijil-sijil kegiatan luar/ko-kurikulum.
  8. Sijil-sijil yang berkaitan.
  9. Penyata akaun bank.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai biasiswa ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di:

  • Sambungan Unit Pendidikan: 09-7481512
  • Email: unit.pendidikan.maik.gmail.com

The best disposable vapes of 2024 : a comprehensive guid. Seasonal hiking trail closures and conditions across u. Step into the action : discover the thrills of legal livecasino gaming.